Kes Rumah Bonda: Bella selesai beri keterangan tertutup hari ini

September 23, 2022 · Isu semasa

Remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun yang lebih dikenali sebagai Bella hari ini selesai memberi keterangannya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya.

Timbalan Pendakwa RayaZilfinaz Abbas ketika ditemui pemberita berkata Bella yang merupakan saksi pendakwaan ke-18 selesai memberi keterangan selama dua hari dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Menurut Zilfinaz, remaja itu mula memberi keterangan pada 10.30 pagi dan selesai pada jam 12.40 tengah hari tadi.

Menurut Bernama, Bella yang berbaju kurung warna merah jambu tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira 9 pagi, diiringi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan anggota polis.

Perbicaraan kes itu dijalankan secara tertutup kerana Bella adalah mangsa dan merupakan saksi kanak-kanak yang keterangannya tidak boleh dilaporkan oleh media dan mana-mana pihak yang mengikut peruntukan di bawah Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007.

Sementara itu, perbicaraan kes yang sepatutnya bersambung di sebelah petang ditangguhkan kerana saksi pendakwaan ke-19, Inspektor Suhaili Mahad daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur tidak dapat hadir ke mahkamah kerana tidak sihat dan mendapat cuti sakit.

Nur Aliana Shakira memberitahu mahkamah bahawa saksi itu migrain dan ia dimaklumkan oleh Inspektor Suhaili menerusi WhatsApp yang dihantar kepada pihak pendakwaan.

Dalam pada itu, Zilfinaz berkata pihaknya perlu mendengar keterangan saksi pendakwaan ke-19 terlebih dahulu kerana beliau merupakan pegawai penyiasat asal kes itu sebelum saksi pendakwaan ke-20 iaitu ASP Rohaini Baharom memberi keterangan berikutan beliau adalah pegawai yang telah mengambil alih kes berkenaan.

“ASP Rohaini, yang juga saksi pendakwaan terakhir hadir ke mahkamah hari ini, namun beliau telah keluar untuk mengiringi Bella pulang. Pihak pendakwaan sememangnya telah bersedia dan telah menyediakan 200 soalan bagi setiap saksi pendakwaan itu,” katanya.

Menurut Zilfinaz, pihak pendakwaan memohon keizinan mahkamah supaya keterangan kedua-dua saksi itu diambil secara mengikut turutan.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 dan 19 Okt ini untuk menyambung perbicaraan.

Siti Bainun, 30, berdepan dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi antara Februari dan Jun 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini.

Berita berkaitan
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023· Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
September 21, 2023· Isu semasa
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023· Politik
Rayuan difailkan berhubung pembebasan kes rasuah Bung Moktar dan isteri
September 19, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
4 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
4 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
1 jam lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok