Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan

December 1, 2022 · Isu semasa

Perbicaraan dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor bersabit kes pengubahan wang haram dan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan masuk perbicaraan pada 12 Mei tahun depan.

Perbicaraan melibatkan isteri Datuk Seri Najib Razak yang bergelar banduan itu dijadualkan berlangsung selama 15 hari.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu ketika prosiding kes berkenaan hari ini yang turut dihadiri peguamnya, Datuk Geethan Ram Vincent dan Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yih Tinn bagi pendakwaan.

Tarikh yang ditetapkan bagi perbicaraan itu adalah pada 12 Mei; 28 dan 30 Jun; 6, 7, 27, 28 dan 31 Julai; 1, 2, 11, 24 dan 25 Ogos serta 7 dan 8 September tahun depan.

Bagaimanapun, Mohamed Zaini berkata, tarikh perbicaraan itu bergantung kepada keputusan rayuan Rosmah supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes terbabit, yang akan didengar Mahkamah Rayuan.

Sementara itu, Yih Tinn memberitahu mahkamah, pendakwaan akan memanggil 15 saksi untuk memberi keterangan.

Pada prosiding sebelum ini, hakim mengingatkan pembelaan supaya memberi keutamaan kepada kes berprofil tinggi itu kerana masih belum dibicarakan walaupun selepas empat tahun Rosmah didakwa iaitu pada 4 Oktober 2018.

Rosmah, 70, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 12 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) 

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama.

Bagi pertuduhan berkaitan LHDN, Rosmah didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan seperti diperuntukkan Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab munasabah yang bertentangan Seksyen 112 akta sama.

Pada 30 November 2018, permohonan pembelaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi dibenarkan mahkamah.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini dibenarkan
February 8, 2022
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok