Kes RM2.3b Najib: Saksi beritahu tak terima arahan siasat dua entiti palsu

April 18, 2022 · Isu semasa

Bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Azmi Tahir hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau tidak mengambil sebarang inisiatif untuk menyiasat ketulenan dua entiti palsu yang menerima dana yang besar daripada anak syarikat 1MDB iaitu 1MDB Energy Holdings Limited (1MEHL) pada 2014.

Azmi, 48, yang menjadi CFO dari 2012 hingga 2017, berkata beliau tidak menjalankan sebarang siasatan berhubung perkara itu kerana tidak diarah untuk berbuat demikian oleh Lembaga Pengarah meskipun beliau adalah penandatangan berwenang 1MEHL.

Saksi pendakwaan ke-12 itu berkata beliau hanya mengetahui tentang syarikat palsu terbabit pada 2015 semasa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, lapor Bernama.

Kedua-dua entiti palsu itu dikenali sebagai Aabar Investments PJS Limited, dengan satu daripadanya diperbadankan di Kepulauan Virgin British dan satu lagi diperbadankan di Seychelles.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam perbicaraan bekas Perdana Menteri itu berhubung penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Wan Aizuddin: Adakah anda bersetuju dengan saya bahawa terdapat perbezaan besar alamat Aabar Investment PJS Ltd dan Aabar sebenar?

Azmi menjawb, “Ya. Ia berbeza.”

Wan Aizuddin: Tidakkah anda menyedari perbezaannya ketika melihat dokumen terbabit sebelum itu?

Azmi: Tidak. Tiada siapa yang membangkitkannya. Kami mempunyai peguam, pegawai bank dan pegawai lain… Kira-Kira 40 mata meneliti dokumen itu tetapi tiada siapa yang membangkitkannya.

Kepada soalan lain, saksi itu berkata beliau pada dasarnya mengikuti arahan timbalannya iaitu Terence Geh Choh Heng kerana percaya arahan itu adalah daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan Najib.

Wan Aizuddin: Anda mengikut arahan Terence tetapi antara anda dan Terence, jawatan anda adalah lebih tinggi?

Azmi: Ya, di atas kertas beliau adalah timbalan saya, kami bekerja secara silo selaras dengan arahan Jho Low.

Mahkamah sebelum ini mendengar bahawa 1MDB meminjam sebanyak AS$975 juta daripada Deutsche Bank AG namun ia tidak pernah digunakan untuk membayar balik ‘opsyen Aabar.’

Kira-Kira AS$175 juta daripada pinjaman penyambung itu sebaliknya disalurkan kepada Aabar BVI manakala AS$681 juta kepada Aabar Seychelles pada September 2014.

Pada hari pertama perbicaraan, pendakwaan berhujah bahawa ia akan membuktikan sebahagian daripada dana yang disalurkan kepada dua entiti palsu Aabar pada 2014 telah dimasukkan ke dalam akaun Najib iaitu dalam jumlah berasingan dalam paun sterling yang bersamaan dengan RM4,093,500 dan RM45,837,485.70.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung pada Rabu.

Berita berkaitan
Ahli UMNO berharap Najib dikeluarkan segera, kata Rosmah
4 jam lalu· Politik
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
24 jam lalu· Isu semasa
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023· Politik
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
June 8, 2023· Politik
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
3 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
23 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
23 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok