Kes RM16 juta: Permohonan UMNO batal saman SRC didengar 10 November

August 26, 2021 · Isu semasa

Permohonan UMNO untuk membatal saman yang difailkan SRC International Sdn Bhd terhadap parti politik itu atas dakwaan menerima wang berjumlah RM16 juta yang diseleweng daripada syarikat itu, akan didengar 10 November ini.

Pada Mei lalu, SRC International, yang merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di bawah pengurusan baharunya telah memfailkan saman itu bersama dengan beberapa anak syarikatnya iaitu Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Jendela Pinggiran Sdn Bhd.

Memetik Bernama, seorang peguam daripada Rosli Dahlan Saravana Partnership, yang mewakili ketiga-tiga plaintif, berkata mahkamah menetapkan tarikh itu ketika pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Quay Chew Soon.

“Permohonan itu akan didengar pada 9 pagi menerusi Zoom,” katanya ketika dihubungi.

SRC International, Gandingan Mentari, dan Jendela Pinggiran menyaman parti itu bagi menuntut RM16 juta yang didakwa dipindahkan secara salah kepada UMNO.

Plaintif mendakwa parti politik itu mengetahui bahawa wang tersebut adalah milik SRC International dan UMNO tidak mempunyai asas untuk menerima dana tersebut.

Pada 10 Mei lepas, Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa 1MDB dan anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd telah memfailkan 22 saman bagi mendapatkan semula aset bernilai lebih RM96.6 billion termasuk RM300 juta daripada pelbagai pihak tempatan.

Kementerian itu menyebut writ saman terbabit difailkan pada 7 Mei lepas iaitu enam oleh 1MDB dan 16 oleh SRC.

Enam daripada writ saman difailkan oleh 1MDB, sementara 16 lagi oleh SRC untuk pemulangan aset dengan jumlah keseluruhan melebihi RM96.6 bilion (AS$23 bilion), termasuk kira-kira RM300 juta tuntutan terhadap pelbagai pihak tempatan.

1MDB dan SRC menyatakan bahawa entiti-entiti atau individu-individu berkenaan telah mendapatkan pengkayaan tidak wajar melalui penerimaan wang secara salah dari 1MDB atau SRC.

Sebelum ini, The Edge Markets melaporkan, selain bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, turut dinamakan ialah anak tiri beliau Riza Shahriz Abd Aziz serta bekas pemegang jawatan utama lain dalam dua syarikat berkenaan iaitu Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Arul Kanda Kandasamy dan Mohd Hazem Abdul Rahman.

Turut dinamakan ialah ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, ayahnya Tan Sri Larry Low Hock Peng, adiknya Low May Lin, serta rakan perniagaannya, Eric Tan Kim Loong.

Berita berkaitan
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
4 jam lalu· Isu semasa
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
6 jam lalu· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
19 jam lalu· Politik
Penjelasan kes Zahid lebih kepada retorik politik cikgu dan anak murid
September 20, 2023· Politik
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Pemandu bas sekolah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana meliwat
September 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
4 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
4 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
7 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
20 jam lalu · Isu semasa
Pemandu bas sekolah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana meliwat
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
3 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok