Kes RM1 juta Shahrir Samad, pernyataan saksi akan diserah

September 2, 2021 · Isu semasa

Pihak pendakwaan dalam kes perbicaraan RM1 juta yang tidak diisytihar veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad akan menyerahkan pernyataan saksi pendakwaan kepada pasukan pembelaan sebelum perbicaraan bermula pada 6 April 2022.

Bekas Pengerusi FELDA itu berdepan pendakwaan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Afif Ali memaklumkan perkara itu semasa pengurusan kes berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Shahrir Mohd Salleh hari ini, yang turut dihadiri peguam Shahrir, Syahrul Syazwan Salehin.

“Pihak kami akan menyerahkan pernyataan saksi-saksi pendakwaan kepada pembelaan kelak,” kata Mohd Afif lapor Bernama.

Sementara itu, Syahrul Syazwan memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya masih belum memperoleh pernyataan fakta yang memihak kepada tertuduh berdasarkan Seksyen 51A (1) (c) Kanun Prosedur Jenayah.

Mahkamah mengarahkan pihak pendakwaan menyerahkan pernyataan fakta itu sebelum atau pada 16 Sept ini dan menetapkan 8 Feb 2022 untuk pengurusan kes selanjutnya.

Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113 (1) (a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Menurut tuduhan, dia didakwa tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun bank milik tertuduh.

Beliau yang didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Popular
RM15 juta disalur kerajaan pusat kepada Johor, kata MB
May 22, 2022
5 remaja pukul pelajar ditangkap
April 16, 2021
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Cikgu Zahid ajar cara jaga tulang belakang agar kuat
October 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024 · Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024 · Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024 · Isu semasa
Gangguan bekalan air bermula esok di Pulau Pinang
January 9, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok