Kes rasuah Zahid bersambung hari ini

August 1, 2023 · Isu semasa

Perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bekas setiausaha timbalan perdana menteri itu lalai mengeluarkan cek dan enggan mendengar nasihat apabila kesalahannya diperbetulkan.

Pegawai khas Zahid, Mohd Kamal Abdullah, 66 memberitahu kali pertama Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly cuai mengendalikan cek adalah pada 2013, lapor FMT.

Katanya, Mazlina pernah menulis amaun yang salah pada cek atau membiarkan cek bersepah di pejabat Kementerian Dalam Negeri sebelum ini, termasuk cek membabitkan Yayasan Akalbudi.

Katanya, beliau akan memperbetulkan Mazlina setiap kali melihat kesalahan dilakukan.

“Kami (pegawai Zahid) menasihat dan mengajar Mazlina (bagaimana buat kerja beliau) tetapi beliau tidak ikut,” kata Kamal ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwaraya, Datuk Dusuki Mokhtar yang meminta Kamal menjelaskan dakwaan Mazlina seorang yang cuai.

Ketika memberi keterangan dalam perbicaraan sama pada 2020, Mazlina memberitahu mahkamah Zahid membenarkan pegawainya menggunakan stamp tandatangan beliau untuk membuat bayaran kad kredit menggunakan cek Yayasan Akalbudi.

Pihak pembelaan berhujah, Mazlina adalah punca Zahid berdepan tuduhan jenayah pecah amanah berhubung salah guna dana Yayasan Akalbudi.

Presiden UMNO itu sedang dibicarakan atas 47 tuduhan pengubahan wang dan pecah amanah membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi serta menerima rasuah berhubung pelbagai projek ketika menjadi Menteri Dalam Negeri.

12 daripada tuduhan itu membabitkan pecah amanah dan lapan lagi berkaitan rasuah.

Ketika ditanya Dusuki sama ada Mazlina ditukar atau dipindahkan dari kementerian itu kerana kecuaiannya, Kamal memberitahu Mazlina tidak ditukar.

“Datuk Seri (Zahid) tidak tahu (sebelum ini) mengenai Mazlina dan cek. Beliau akan ambil tindakan sekiranya beliau tahu,” katanya.

Sebelum ini, timbalan pendakwa raya dan saksi itu bertikam lidah berhubung perkataan ‘orang kena tuduh’.

Dusuki bertanya kepada Kamal adalah beliau tahu Mazlina adalah suspek atau pernah didakwa di mahkamah atas sebarang kesalahan.

Bagaimanapun, Kamal berkata beliau tidak memahami perbezaan antara orang kena tuduh dan suspek.

Beliau secara berseloroh berkata Mazlina adalah seorang yang sering ‘menimbulkan masalah’.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.

Berita berkaitan
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
3 jam lalu· Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
16 jam lalu· Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
23 jam lalu· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023· Politik
Popular
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Minyak masak paket hanya boleh dijual kepada mereka ada ID khas: Fuziah
October 2, 2023
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
3 jam lalu · Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
16 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
16 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi kepada RM4.72 berbanding dolar
16 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing jadi penjual bersih minggu lepas, bernilai RM44.7 juta
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok