Kes rasuah: SPRM buat dakwaan tak berasas, kata Guan Eng

May 26, 2023 · Isu semasa

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menyifatkan pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya, isteri dan rakannya itu sebagai tidak berasas.

Malah beliau menuduh agensi itu memalsukan dan menyembunyikan bukti seperti yang dilakukan dalam kes lain.

“SPRM tak patut mangsakan isteri saya semata-mata kerana gagal menjumpai wang dalam akaun bank saya atau wang tunai dalam tangan saya. Mereka mengheret dua wanita yang tidak bersalah iaitu isteri saya, Betty Chew dan kawan saya, Phang Li Koon ke dalam kancah kes dendam politik.

“Kami akan lawan di mahkamah, buktikan kebenaran dan dapat keadilan. Pihak pendakwaan dan SPRM telah menfailkan satu dakwaan yang tidak berasas. Kami juga akan buktikan di mahkamah bahawa mereka telah memalsukan dan menyembunyikan bukti seperti yang dilakukan dalam kes lain,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau melalui peguamnya, RSN Rayer membuat permohonan membatalkan pertuduhan kes rasuah serta pengubahan wang haram terhadapnya di Mahkamah Tinggi di Georgetown semasa prosiding awal, hari ini.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata kesemua pihak yang terlibat dalam konspirasi itu cuba menghancurkan dirinya dan DAP.

“Pihak yang terlibat dalam konspirasi ini akan didedahkan. Mereka bukan sahaja cuba hancurkan nama baik dan kerjaya politik saya malah juga parti saya,” katanya.

Berita berkaitan
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
33 minit lalu· Politik
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023· Isu semasa
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
June 1, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
14 minit lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
6 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
24 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok