Kes rasuah Guan Eng: Saksi beritahu beli jam tangan RM40,000

September 22, 2021 · Isu semasa

Saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli membeli seutas jam tangan mewah buatan Switzerland bernilai RM40,000, kata G Rajan, 66, hari ini.

Broker jam tangan itu memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dia membeli jam tangan berjenama Maurice Lacroix daripada seorang pengedar atas permintaan Zarul yang juga Pengarah Eksekutif Kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (Zenith).

Zenith merupadalah akan kontraktor utama projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Saksi pendakwaan kelima itu, bagaimanapun, berkata dia tidak ingat tarikh sebenar pembelian itu tetapi ia berlaku antara 2013 dan 2015.

Rajan berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu atas empat pertuduhan melibatkan pelaksanaan projek pembinaan terowong dasar laut dan jalan-jalan utama bernilai RM6.3 bilion.

Memetik Bernama, ketika menjelaskan secara terperinci tugasnya sebagai broker jam tangan, Rajan berkata dia berjumpa dengan pembekal dan akan membeli jam tangan daripada mereka dan kemudian akan menunjukkan barangan tersebut kepada pelanggannya.

“Saya membeli Maurice Lacroix dengan harga RM20,000 dan kemudian menjual kepada Datuk Zarul Ahmad dengan harga RM40,000,” katanya.

Ditanya kenapa ada perbezaan harga yang begitu ketara, Rajan berkata harga pengedar adalah RM20,000 manakala harga runcit adalah RM40,000.

Sementara itu, ketika diperiksa balas oleh peguam Guan Eng, Gobind Singh Deo, saksi itu berkata dia telah mengambil tiga hingga 10 utas jam tangan untuk ditunjukkan kepada Zarul Ahmad di pejabatnya.

Gobind: Apa yang dia (Zarul Ahmad) melakukan dengan jam tangan tersebut?

Rajan: Kadang-kadang dia beli untuk kakitangannya dan kadang-kadang untuk diri sendiri.

Gobind: Jadi dia mengumpul jam tangan?

Rajan: Ya.

Gobind: Pernah bertemu dengan Lim Guan Eng?

Rajan: Tidak. Tidak pernah.

Gobind: Saya menyatakan bahawa anak guam saya tidak ada kaitan dengan jam tangan itu?

Rajan: Saya tidak tahu apa-apa. Saya tidak pernah ada urusan dengannya.

Prosiding hari ini ditangguhkan lebih awal daripada kebiasaan kerana Gobind dan Lim, masing-masing Ahli Parlimen Puchong dan Bagan, perlu menghadiri persidangan Parlimen.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, didakwa menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima wang rasuah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.

Guan Eng dituduh melakukan kesalahan tersebut di Pejabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town, antara Januari 2011 dan Ogos 2017.

Dalam pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh oleh syarikat itu sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur, pada Mac 2011.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, juga berdepan dengan dua tuduhan menyebabkan dua plot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok.

Berita berkaitan
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
2,500 guru enggan divaksin diberi tugas lain di sekolah
September 4, 2021
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Perbelanjaan pengguna merosot pada 2023?
August 29, 2023
Penjawat awam kena pisahkan media sosial untuk tugas, peribadi
September 22, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok