Kes rasuah Felcra, saksi beritahu Lembaga Pengarah sedar pelaburan dibuat berisiko

April 8, 2022 · Isu semasa

Bekas Pengurus Besar Kumpulan Kewangan (CFO) Felcra memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa Lembaga Pengarah Felcra menyedari keputusan untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad mempunyai risiko.

Mohd Azmy Abu Samah, 54, bagaimanapun berkata beliau memohon cadangan pelaburan itu dipertimbangkan sewaktu membentangkannya pada mesyuarat lembaga pengarah, lapor Bernama.

“Namun, keputusan mengenai pelaburan itu tidak dibentangkan atau dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pengurusan Tertinggi (MPT),” katanya semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk K Kumaraendran yang mewakili Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, pada perbicaraan kes rasuah membabitkan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Saksi pendakwaan ke-26 itu berkata semasa sesi pembentangan, beliau ada memaklumkan Felcra mempunyai wang tunai RM300 juta untuk dilaburkan dan memohon lembaga pengarah mempertimbangkannya.

Disoal Kumaraendran adakah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felcra Datuk Ramlee Abu Bakar membangkitkan apa-apa isu semasa pembentangan cadangan pelaburan itu, saksi itu berkata CEO cuma bertanya mengapa pelaburan unit amanah ini tidak dibawa kepada MPT.

Bagaimanapun, Mohd Azmy berkata tiada bantahan atau perbincangan daripada lembaga pengarah (Felcra) berkaitan pelaburan itu.

Kumaraendran: Adakah lembaga pengarah meneruskan pelaburan (RM150 juta) itu.

Mohd Azmy: Ya.

Saksi itu turut bersetuju dengan cadangan Kumaraendran bahawa pelaburan RM150 juta itu dibuat oleh Felcra pada 18 Mei 2015.

Mohd Azmy juga bersetuju dengan cadangan Kumaraendran bahawa lembaga pengarah tidak pernah meluluskan sebarang jumlah untuk dilaburkan oleh Felcra.

Dalam prosiding sebelum ini, Mohd Azmy memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan bersetuju untuk meluluskan pelaburan RM150 juta oleh Felcra dalam unit amanah Public Mutual Berhad selepas meneliti tiga kertas cadangan pelaburan dikemukakan Bung Moktar.

Prosiding bersambung pada 12 April ini.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, 64, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada perunding unit amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab serupa dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette, 44, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok