Kes pukul: Sharnaaz dibebaskan daripada tahanan reman tiga hari

June 20, 2022 · Isu semasa

Pelakon popular Sharnaaz Ahmad, 36, hari ini dibebaskan setelah ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan kes memukul seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium Khamis lalu.

Dia dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan dan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya hari ini untuk mendapatkan keputusan kesalahan apa yang akan dituduh di mahkamah ke atas suspek.

Menurutnya, setakat ini, polis masih menunggu keputusan arahan daripada TPR.

Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata pelakon berusia 30-an itu ditahan 18 Jun lalu di kediamannya di kondominium sama.

“Kejadian berpunca apabila pelakon terbabit meminta rakannya menghantar barang ke kediamannya kira-kira jam 8 malam namun tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan itu.

“Pelakon itu kemudian turun ke lobi untuk bertanya kepada pengawal keselamatan tentang perkara tersebut dan berlaku pentengkaran di antara mereka berdua.

“Artis lelaki berkenaan yang turut berada di lobi itu kemudian secara tiba-tiba datang dan dipercayai menumbuk dan menendang mangsa,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan kerana memukul dan melakukan ugutan jenayah.

Memberitahu pemberita selepas dibebaskan, Sharnaaz mengakui panas baran adalah sinonim dengannya.

“Apa yang saya boleh katakan di sini, tiada unsur panas baran yang berlaku. Saya hanya buat apa yang saya rasa perlu. Kenyataan yang keluar hanya dari sebelah sana. Belum lagi dari pihak saya.

“Jangan hakimi terlalu awal. Tak tahu lagi bila pendakwaan tetapi saya sudah beri keterangan sebaik mungkin kepada pihak polis. Saya juga akan mengadakan sidang media untuk menjelaskan perkara sebenar dalam waktu terdekat,” katanya.

Berita berkaitan
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022· Isu semasa
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022· Isu semasa
Pelawak lapor polis berhubung pemilihan PKR, dakwa banyak penipuan
June 7, 2022· Politik
Mekanik kerugian RM70,000 diperdaya Macau Scam
June 6, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
5 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
5 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
6 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
6 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok