Kes profil tinggi buktikan ketabahan SPRM jalankan siasatan, kata Azam

September 1, 2022 · Isu semasa

Keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak menjadi bukti perjuangan panjang pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membongkar kes berprofil tinggi.

Tanpa merujuk secara khusus kepada kes bekas Perdana Menteri itu, Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pegawai dan kakitangan agensi itu menghadapi pelbagai cabaran untuk memastikan pesalah dibawa ke muka pengadilan.

Bagaimanapun, katanya gabungan perisikan secara berkesan adalah kunci kepada penyiasatan yang berjaya.

“Contoh yang boleh dilihat adalah beberapa kes profil tinggi yang masih dibicarakan di mahkamah serta kes yang baharu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

“Ini berlaku selepas perjuangan yang panjang untuk SPRM, kerja keras kami untuk menyiasat kes-kes yang rumit, mendapatkan semula aset negara serta untuk membantu dalam pendakwaan telah membuahkan hasil, malah kerja masih diteruskan,” katanya menurut Utusan.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada pembukaan persidangan antarabangsa bertemakan ‘Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan Menerusi Ketelusan Kewangan’ di Persidangan Antarabangsa ke-12 Kriminologi Kewangan di Universiti Cambridge, United Kingdom baru-baru ini.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM12 juta terhadap Najib setelah didapati bersalah dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Setelah keputusan itu dibuat, Najib terus dihantar menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Mengulas lanjut, Azam turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan SPRM atas integriti dan ketabahan mereka menghadapi tekanan yang luar biasa.

“Sebagai orang yang menjaga integriti, tadbir urus yang baik dan anti-rasuah, kita perlu berdiri teguh di samping keazaman yang sempurna dan ketabahan dalam menegakkan amanah dan tanggungjawab tidak kira apa pun cabaran yang kita hadapi, tanpa rasa takut atau pilih kasih,” katanya.

Azam juga berkaya birokrasi yang melampau dan ketiadaan ketelusan dalam proses perolehan kerajaan dilihat boleh menyumbang ‘aktiviti gelap’ antara sektor swasta dan pegawai yang korup.

Katanya jenayah kewangan masih berleluasa dan menyumbang kepada aktiviti haram yang berterusan seperti isu alam sekitar serta ketirisan dalam perolehan kerajaan untuk pembangunan negara.

Beliau menegaskan jenayah kewangan dan rasuah boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara, pembangunan ekonomi yang stabil, kelestarian alam sekitar.

“Ketelusan perlu diterapkan dalam kitaran perolehan yang melibatkan proses penilaian bekalan, peruntukan belanjawan, tawaran dan tender terbuka, pelaksanaan kontrak serta pengauditan dalam usaha untuk mencegah rasuah,” katanya.

Berita berkaitan
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
18 minit lalu· Isu semasa
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
12 jam lalu· Politik
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Kes saman Zahid-Dr Mahathir ditetapkan pada November tahun ini
March 24, 2023· Politik
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
3 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
3 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
4 jam lalu · Isu semasa
RM420 juta belanja enam PRN
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok