Kes positif turun dua hari berturut-turut

Sebanyak 20,546 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, turun dua hari berturut-turut, berbanding 20,670 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka terbaharu itu menjadikan keseluruhan kes positif sejak pandemik Covid-19 melanda negara Mac tahun lalu kepada 1,404,899 kes.

Beliau berkata Selangor kembali merekodkan lonjakan jangkitan daripada 6,606 kes yang dilaporkan semalam kepada 7,307 kes dalam tempoh 24 jam itu.

Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), enam lagi negeri dan wilayah merekodkan peningkatan kes.

Sarawak mencatatkan 965 kes berbanding 725 yang direkodkan semalam; Perak dengan 1,069 kes (1,003 semalam); Pahang sebanyak 926 kes (794 semalam); Melaka 631 kes (521 semalam); Johor dengan 1,508 kes (1,425 semalam); dan Putrajaya merekodkan tiga kes berbanding sifar semalam.

BERITA BERKAIT
POPULAR