Kes positif di Selangor melonjak semula

Data 11 Jun 2021

Sebanyak 6,849 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi di seluruh negara menjadikan kumulatif meningkat kepada 646,411 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes positif di Selangor menunjukkan peningkatan semula dengan merekodkan 2,558 kes hari ini berbanding tidak sampai 2,000 kes sejak beberapa hari lalu.

Berikut adalah jumlah pecahan kes dan kumulatif mengikut negeri yang direkodkan pada 11 Jun 2021.

Selangor – 2,558 (211,403)
WPKL – 884 (66,195)
Sabah – 309 (65,330)
Johor – 426 (63,772)
Sarawak – 699 (54,330)
N Sembilan – 685 (32,833)
P Pinang – 205 (31,656)
Kelantan – 248 (31,537)
Perak – 161 (23,307)
Kedah – 161 (21,399)
Melaka – 170 (14,527)
Pahang – 89 (11,415)
Terengganu – 66 (10,439)
WP Labuan – 176 (5,634)
WP Putrajaya – 10 (2,086)
Perlis – 2 (548)

POPULAR