Kes positif dan kematian kluster perayaan serius, membimbangkan

June 10, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganggap peningkatan kes positif dan kematian yang dilaporkan bagi kluster perayaan Hari Raya Puasa dan Hari Gawai adalah serius dan membimbangkan kerana berlaku dalam tempoh masa yang singkat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster perayaan boleh meningkat secara mendadak dan berulang jika masyarakat masih lagi leka serta tidak mengambil iktibar dan pengajaran dari aktiviti kunjung-mengunjung dan rentas negeri semasa musim perayaan tersebut

“Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk melindungi golongan rentan, khususnya ibu bapa yang uzur di kampung halaman dengan tidak mendedahkan mereka dengan jangkitan virus SARS-CoV-2 ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sejak 13 Mei hingga 10 Jun lalu, 60 kluster perayaan yang berpunca daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri membabitkan 58 kluster dan Hari Gawai (dua kluster) telah dilaporkan.

Katanya, sebanyak 13,023 individu telah disaring dalam kluster ini, di mana terdapat 3,511 kes Covid-19 telah dikenal pasti seterusnya menjadikan kadar positif adalah sebanyak 27.0 peratus.

“Daripada jumlah 3,511 kes tersebut, 20 kematian telah dilaporkan dan sehingga kini 11 kes masih dalam rawatan di uinit rawatan rapi (ICU),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, negeri yang mencatatkan bilangan kluster perayaan tertinggi adalah Sabah dengan 11 kluster (18.3 peratus), Sarawak (lapan kluster – 13.3 peratus), serta Kedah (tujuh kluster – 11.7 peratus).

“Kita wajar mencontohi negara-negara jiran yang telah berjaya mengawal situasi pandemik COVID-19 dengan baik di negara mereka. Mereka telah membuktikan bahawa dengan kerjasama antara semua pihak dan kepatuhan yang tinggi kepada prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan, fungsi kehidupan kepada normal mampu menjadi kenyataan,” katanya.

Beliau mengingatkan rakyat Malaysia untuk kekal duduk di rumah jika tiada keperluan mendesak di luar, serta mendaftarkan diri sendiri dan keluarga bagi mendapatkan vaksin Covid-19 dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan.

Berita berkaitan
Perikatan Nasional ucap selamat Hari Raya
April 22, 2023· Isu semasa
Raya disambut Sabtu
April 20, 2023· Isu semasa
PMX tampil dalam iklan pendek lemang
April 20, 2023· Isu semasa
Tiket penerbangan sehala KL-Tawau cecah RM3,138? Mana menteri DAP?
April 16, 2023· Isu semasa
Popular
Covid-19: 76 kematian semalam, Selangor lepasi 700,000 kes positif
October 21, 2021
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok