Kes positif Covid-19 selepas Aidilfitri mula meningkat sedikit: Data KKM

May 10, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Isnin, 9 Mei 2022) – tujuh hari selepas sambutan Aidilfitri – meningkat sedikit berbanding dalam tempoh sama pada Ahad, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam tempoh itu, KKM mengesan 2,246 jangkitan baharu, meningkat berbanding 2,153 kes pada Ahad, menjadikan jumlah kumulatif positif sebanyak 4,461,135 kes – ketiga tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN selepas Vietnam dan Indonesia.

Daripada jumlah kes baharu itu, 1,574 melibatkan penerima dos penggalak vaksin Covid-19; lengkap dua dos (433 kes); individu tidak divaksinasi (203 kes); dan belum lengkap vaksinasi (36 kes).

Kes baharu itu melibatkan 1,708 individu berusia antara 18 hingga 59 tahun, diikuti 214 kes (60 tahun dan ke atas); 191 kes (0 hingga 4 tahun); dan 133 kes (12 hingga 17 tahun).

Seramai 2,433 pesakit telah sembuh semalam menjadikan kumulatif kes pulih mencecah 4,403,183 pesakit, manakala 22,368 kes lagi masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 21,230 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,065 dimasukkan ke hospital; empat ditempatkan di PKRC; dan 69 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 39 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini pagi ini menunjukkan Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak dan Selangor, merekodkan peningkatan jangkitan harian semalam.

Sepuluh negeri kekal mencatat jumlah kumulatif positif melebihi 200,000 kes. Berikut adalah pecahan kumulatif positif bagi setiap negeri sejak 1 Januari 2020 hingga 9 Mei 2022:

  • Selangor – 1,345,880;
  • Johor – 382,781;
  • Sabah – 370,964;
  • Kuala Lumpur – 349,966;
  • Sarawak – 305,647;
  • Kedah – 299,036;
  • Pulau Pinang – 278,308;
  • Kelantan – 247,511;
  • Negeri Sembilan – 202,183;
  • Perak – 201,298;
  • Pahang – 171,024;
  • Terengganu – 125,858;
  • Melaka – 122,482;
  • Labuan – 21,325;
  • Putrajaya – 19,551; dan
  • Perlis – 17,321.

Sementara itu, KKM juga memaklumkan satu kematian di hospital akibat komplikasi Covid-19 dilaporkan di Kedah, dalam tempoh 24 jam semalam.

Sejak pesakit pertama meninggal dunia akibat Covid-19 dilaporkan di negara ini pada Mac 2020 hingga semalam, kumulatif kematian meningkat kepada 35,584 kes, termasuk 7,533 kematian di luar fasiliti kesihatan.

Sementara itu, tiada kluster baharu Covid-19 dilaporkan semalam. Sehingga kini, sebanyak 68 daripada 7,010 kluster Covid-19, masih aktif.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 9 Mei 2022.

Berita berkaitan
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Perbicaraan kes saman Muhyiddin terhadap Puad ditetapkan pada Ogos
February 16, 2023· Isu semasa
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023· Isu semasa
Prestasi ekonomi negara tahun lepas terbaik di Asia Tenggara, kata BNM
February 10, 2023· Isu semasa
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
10 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
15 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
16 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok