Kes positif Covid-19 makin turun

September 19, 2021 · Isu semasa

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun lagi berbanding jumlah kes dalam tempoh semalam, sekali gus menunjukkan tanda-tanda ke arah pemulihan dan pencapaian imuniti kelompok.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam itu sebanyak 14,954 jangkitan baharu direkodkan berbanding 15,549 kes semalam, menjadikan kumulatif 2,097,830 kes positif.

Data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagaimanapun menunjukkan dalam tempoh itu, tujuh negeri merekodkan peningkatan kes dengan Selangor mencatatkan 2,028 kes baharu berbanding 1,995 kes semalam.

Ini diikuti Kelantan sebanyak 1,420 jangkitan baharu berbanding 1,214 kes semalam; Perak (1,222 kes baharu, 1,120 semalam); Pahang (705 kes baharu, 634 semalam); Kuala Lumpur (383 baharu, 382 semalam); Negeri Sembilan (144 kes baharu, 131 semalam); dan Perlis (76 kes baharu, 33 semalam).

Sarawak, walaupun kes baharu semakin turun namun kekal merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 2,707 hari ini berbanding 2,929 kes semalam.

Terdahulu, KKM memaklumkan seramai 324 pesakit berkaitan Covid-19 dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam pada Sabtu, turun sedikit daripada 388 kes kematian yang direkodkan pada Jumaat.

Sementara itu, susulan 17,205 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh semalam, jumlah kes aktif juga turun kepada 219,359 kes berbanding tempoh sama kelmarin sebanyak 221,339 kes.

Daripada jumlah kes aktif itu, 182,857 atau 83.4 peratus pesakit kini menjalani kuarantin di rumah, 23,998 dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), dan 11,339 pesakit dirawat di hospital seluruh negara.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
11 jam lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
23 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022 · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok