Kes positif Covid-19 kluster PRN Melaka di Pulau Gadong naik

December 9, 2021 · Isu semasa

Seramai 137 orang dikesan positif Covid-19 dalam Kluster Pulau Gadong yang berpunca berikutan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan lepas.

Jumlah tersebut meningkat daripada hanya 41 orang positif Covid-19 pada awalnya, ia melibatkan jangkitan pelajar dan guru.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, jumlah itu diperoleh hasil saringan terhadap 224 pelajar dan guru.

Jelasnya, seramai 137 disahkan positif, manakala baki 87 negatif, namun telah menjalani tempoh kuarantin sejak 25 November lalu.

“Hari ini kita telah dapat jumlah secara keseluruhan pelajar dan guru yang telah disaring iaitu seramai 224 orang.

“Daripada jumlah itu seramai 137 disahkan positif dan 87 negatif. Mereka yang negatif juga telah menjalani tempoh kuarantin bermula 25 November lalu,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau berkata, risiko penularan wabak itu bagaimanapun adalah rendah memandangkan kesemua pelajar dan guru madrasah terbabit berada dalam radius kawasan berkenaan.

“Dia (Covid-19) tidak akan tersebar dalam komuniti dan tamat kuarantin pada 14 Disember ini, kalau ada kes baharu tempoh kuarantin mereka akan dilanjutkan 10 hari lagi.

“Alhamdulillah saya telah pergi ke madrasah berkenaan dan mereka semua berada dalam keadaan sihat di bawah kategori satu dan dua,” katanya.

Tambahnya, ada segelintir menjalani tempoh kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh dan telah dibenarkan pulang.

Susulan PRN Melaka lalu, satu kluster baharu dikesan berpunca daripada PRN lalu apabila indeks kes merupakan seorang tenaga pengajar di dua buah madrasah yang terlibat sebagai jentera parti politik.

Dalam pada itu, Muhamad Akmal berkata, tempoh pembukaan PKRC MITC akan dilanjutkan sehingga Jun tahun hadapan sebagai persiapan menghadapi risiko varian baharu.

“Ia bukan disebabkan kenaikan kes tetapi langkah berjaga-jaga jika ada gelombang baharu membabitkan varian lain. Jika dalam masa enam bulan kita melihat kadar peningkatan tidak begitu banyak, kita akan pindah ke tempat lain,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok