Kes pendakwah: Biar mahkamah putuskan, jangan tuduh melulu

September 26, 2021 · Isu semasa

Orang ramai tidak boleh membuat tuduhan melulu dalam kontroversi kes gangguan seksual melibatkan seorang pendakwah terkenal selagi belum diputuskan individu tersebut bersalah di mahkamah, kata Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata pendakwah tersebut perlu diadili terlebih dahulu sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah dan orang ramai dinasihati tidak membuat tafsiran mengikut kepercayaan sendiri.

“Orang yang didakwa akan mengemukakan bukti dan ini bermakna proses mahkamah perlu berjalan sebelum dibuktikan seseorang itu benar-benar bersalah atau sebaliknya.

“Nasihat saya kepada penyokong atau penentang mana-mana pihak yang berkaitan supaya berhati-hati dan tidak mendahului undang-undang kerana seseorang itu belum dibuktikan bersalah,” katanya dipetik dalam laporan media.

Jelasnya lagi, undang-undang negara perlu dihormati dan agama tidak mengajar untuk menyebarkan aib seseorang walhal ia belum dijatuhi hukuman lagi.

“Hormatilah proses undang-undang dan yang paling penting agama mengajar kita tidak semberono menyebarkan aib seseorang itu sementelah dia belum dipastikan benar oleh pihak mahkamah yang akan memutuskan,” katanya lagi.

Ahmad Marzuk juga menggesa supaya warganet menghentikan ‘peperangan’ di media sosial berhubung perkara itu dan berhenti menyebarkan aib seseorang kerana bimbang akan jatuh kepada fitnah.

Katanya lagi, perkara itu tidak perlu dipanjangkan sebaliknya hanya perlu menunggu siasatan dan pendakwaan oleh pihak mahkamah.

“Adab kita dan aib orang penting untuk dijaga kerana menuduh seseorang melakukan perkara yang dosa dan maksiat juga adalah satu dosa.

“Kepada warganet, kena berhati-hati dan peperangan di media sosial ini tidak perlu dipanjangkan sebaliknya tunggu siasatan dibuat dan pendakwaan jika ada kes,” katanya.

Berkaitan kes usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat, Ahmad Marzuk berkata, kerajaan bersedia meneruskan prosiding undang-undang terhadap individu itu sekiranya kembali ke negara ini.

Beliau berkata, sebaik Nur Sajat sudah kembali ke tanah air, tindakan prosiding pendakwaan atas kesalahan beberapa kali tidak hadir ke mahkamah akan diteruskan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

“Proses itu melihat kepada kesesuaian terutama sekali (Nur Sajat) kena berada di negara ini dan perlu hadir ke mahkamah.

“Jika beliau sudah berada di sini pastinya tindakan prosiding yang sudah lama tertangguh akan diteruskan,” katanya.

Berita berkaitan
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023· Isu semasa
Jemput pelajar tahfiz ke konsert, Fadhli bidas penganjur tak sensitif
August 29, 2023· Politik
JPM umum peletakan jawatan Pengerusi Suhakam sebelum tamat tempoh kontrak
August 29, 2023· Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual, Peja lapor polis
August 3, 2023· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok