Kes pecah amanah: Peguam salahkan kecuaian setiausaha eksekutif Zahid

September 7, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa bekas Setiausaha Eksekutif Ahmad Zahid, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly dikaitkan dengan pengeluaran 52 keping cek dalam 12 pertuduhan pecah amanah (CBT) yang dihadapi Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

Peguam Hamidi Mohd Noh, yang mewakili Zahid berkata Mazlina yang juga saksi pendakwaan ke-90 (SP90) mempunyai kawalan ke atas buku cek milik Yayasan Akalbudi dan bekas timbalan perdana menteri itu.

“Bagi 12 tuduhan CBT, SP90 adalah saksi pendakwaan yang paling penting kerana pada waktu berkenaan, beliau mengendali urusan kewangan Yayasan Akalbudi, terutama ketika membuat pembayaran untuk akaun Yayasan.

“Mejar Mazlina mempunyai kawalan penuh, pemilikan dan jagaan ke atas semua buku cek milik Yayasan Akalbudi dan tertuduh, dan beliaulah satu-satunya yang memegang kunci laci tempat cek itu disimpan, malah tertuduh sendiri tidak memiliki kunci tersebut.

“Keterangan SP90 bahawa beliau juga telah menguruskan hal-hal peribadi tertuduh, terutama urusan kewangan peribadi tertuduh termasuk cek peribadinya. Tugas-tugas ini dipikulnya setelah pemindahan tugas daripada Datuk Rosnah (setiausaha eksekutif tertuduh sebelumnya) kepada SP90,” katanya berhujah pada akhir kes pendakwaan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, hari ini.

Sehubungan itu, Hamidi berkata pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dalam semua 12 CBT yang dihadapi Zahid dan membuat kesimpulan bahawa tertuduh tidak memiliki kebebasan atau akses untuk menyediakan cek berkenaan.

“Penelitian mengenai bagaimana dan mengapa cek itu dikeluarkan, akan menunjukkan bahawa liabiliti jenayah tidak dapat dikaitkan dengan tertuduh,” hujahnya.

Memetik Bernama, peguam itu berkata daripada 52 keping cek itu, 44 adalah berkaitan dengan caj kad kredit.

Hamidi seterusnya berhujah bahawa tidak ada liabiliti jenayah terhadap tertuduh berkenaan dengan 32 keping cek dicap yang digunakan untuk pembayaran kad kredit.

Beliau berkata anak guamnya tidak meletakkan tanda tangan yang dicap pada semua 32 keping cek tersebut, malah tiada bukti bahawa cap itu ada di tangan tertuduh tetapi bukti yang jelas menunjukkan SP90 melakukannya.

“Kebersalahan itu pada SP90 kerana beliau secara cuai telah meletakkan cap pada cek. Walaupun ada keterangan bahawa tertuduh telah memberikan kebenaran (yang dibantah), keterangannya mengenai hal ini serta lainnya yang beliau berusaha untuk mengaitkan tertuduh tidak memberikan keyakinan.

“Ada sebab lain mengapa keterangan SP90 yang menyatakan bahawa tertuduh bersetuju untuk menggunakan ‘cap’ bagi tujuan cek tidak boleh dipercayai. Alasannya ialah pihak pendakwaan tidak mengemukakan sebarang kebenaran kepada bank untuk menjelaskan ceknya dengan tandatangan yang dicap dan bukannya ditulis tangan,” katanya.

Ahmad Zahid, 68, menghadapi 47 tuduhan – 12 melibatkan CBT, lapan pertuduhan rasuah dan 27 atas dakwaan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Bagi 12 tuduhan CBT, Ahmad Zahid didakwa telah menggunakan dana tersebut untuk membuat pembayaran bil kad kredit peribadi, polisi insurans dan lesen kenderaan peribadinya, selain kiriman wang kepada firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pihak pembelaan akan meneruskan hujah esok.

Berita berkaitan
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023· Isu semasa
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023· Isu semasa
Popular
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023
Muhyiddin nasihat hati-hati pulang sempena cuti Krismas
December 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023 · Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
12 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok