Kes Omicron pertama di Sabah dikesan selepas pulang dari umrah

January 5, 2022 · Isu semasa

Seorang lelaki tempatan yang tiba di negara ini pada 19 Dis lepas selepas menunaikan umrah, merupakan kes positif pertama Covid-19 varian Omicron dikesan di Sabah, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata lelaki berkenaan bersama isterinya menunaikan umrah pada 9 Dis hingga 18 Dis lepas dan kembali ke Malaysia pada 19 Dis melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menurut laporan Bernama.

Beliau berkata pesakit bersama isterinya itu tiba di Tawau pada 20 Dis dan diarah menjalani kuarantin di rumah, namun keputusan ujian penjujukan genom keseluruhan pada 4 Jan lepas menunjukkan lelaki tersebut positif varian Omicron.

“Semasa disahkan positif Covid-19, suami pada Kategori 2 manakala isterinya Kategori 1. Mereka berdua telah selesai menjalani kuarantin pada 1 Jan lepas dan telah pulih daripada jangkitan virus Covid-19.

“Isteri pesakit yang juga sedang menjalani kuarantin pada masa yang sama dengan suami, dikesan positif Covid-19 pada 24 Dis, namun penjujukan genom keseluruhan untuk isterinya masih dalam ujian,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata suami isteri itu telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 pada Jun tahun lepas dan pada masa ini kedua-duanya dalam keadaan sihat.

Mengulas kes Covid-19 di Sabah, Masidi berkata kes direkodkan hari ini meningkat kepada 280 kes berbanding 258 kes semalam.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Cagar caruman KWSP untuk pinjaman bank mulai 7 April
April 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok