Kes NFC, mahkamah beri masa kepada kerajaan bincang penyelesaian RM253.6 juta

January 25, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi masa kepada Kerajaan Malaysia dan National Feedlot Corporation (NFC), sama ada untuk menyelesaikan kes saman membabitkan kedua-dua pihak atau perbicaraan diteruskan pada 17 Mei ini.

Dalam saman itu, Kerajaan Malaysia menuntut NFC membayar balik pinjaman dan faedah berjumlah RM253.6 juta berhubung projek Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan. Syarikat NFC diuruskan oleh suami serta tiga anak bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, menurut laporan Bernama.

Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan, yang mewakili kerajaan ketika ditemui pemberita berkata hari ini sepatutnya ditetapkan untuk menyambung perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Anand Ponnudurai, dengan suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail selaku defendan kedua akan memberi keterangan.

“Bagaimanapun, perbicaraan hari ini ditangguhkan berikutan NFC memohon penangguhan perbicaraan bagi penyelesaian kes saman itu.

“Pihak-pihak akan memaklumkan kepada mahkamah mengenai status penyelesaian kes pada 17 Mei. Sekiranya, tiada penyelesaian dicapai, kes akan diteruskan dengan perbicaraan pada hari berkenaan,” katanya dan memaklumkan pihak defendan mengemukakan lima saksi dalam kes saman itu.

Perbicaraan kes saman itu bermula 13 Jan 2020 dan seramai tujuh saksi plaintif dan seorang saksi defendan, telah selesai memberi keterangan.

Kerajaan selaku plaintif tunggal menamakan NFC sebagai defendan pertama, manakala Mohamad Salleh dan tiga anaknya, Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah, masing-masing merupakan defendan kedua hingga kelima.

Defendan lain adalah enam syarikat yang dikawal oleh keluarga Mohamad Salleh, iaitu National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd, Real Food Corporation Sdn Bhd, Meatworks Corporation Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd, Asian Bioscience Corporation Sdn Bhd dan Techknowlogy Imageware (M) Sdn Bhd.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Kerajaan mendakwa satu perjanjian telah ditandatangani dengan NFC pada 6 Dis, 2007 bagi pinjaman berjumlah RM250 juta, sebahagian daripadanya digunakan untuk membiayai penubuhan dan operasi Pusat Fidlot Nasional, selaras dengan dasar untuk membangun serta meningkatkan pengeluaran daging lembu dan produk daging lembu.

Dakwa plaintif, pinjaman itu disalurkan kepada NFC dalam tiga peringkat, dan keluarga Mohamad Salleh membuat 10 pengeluaran berjumlah RM180.51 juta dari 24 Jan 2008 hingga 3 Jan 2011.

Kerajaan mendakwa daripada RM180.51 juta yang dikeluarkan, hanya RM8.32 juta dibayar secara terus kepada pihak ketiga untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Nasional, manakala baki dana yang dikeluarkan telah dipindahkan ke akaun NFC yang lain dan sejumlah RM118.04 juta daripada baki itu didakwa telah disalahgunakan.

Dakwa plaintif, dana sebanyak RM9.76 juta digunakan untuk membeli dua unit kediaman di One Menerung Residence oleh defendan keenam iaitu National Meat & Livestock Corp dan pada masa sama, sebanyak RM300,000 dipercayai digunakan untuk membuat bayaran kepada seorang individu bagi tujuan yang tidak didedahkan, manakala RM1.8 juta lagi dibayar kepada individu sama.

Kerajaan mendakwa keluarga Mohamad Salleh telah menggunakan dana yang dipinjam daripada kerajaan itu untuk membayar sewa bulanan RM28,000 bagi satu lot pejabat di Solaris Mont Kiara dan membeli dua bidang tanah di Putrajaya, membuat bayaran kepada dua firma guaman, serta membeli sebuah rumah kedai empat tingkat di Solaris Mont Kiara.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
5,753 orang pengundi meninggal dunia masih belum dipotong nama
September 29, 2021
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Jangan cabar umat Islam: Ridhuan Tee beri amaran isu ziarah gereja
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok