Kes Neelofa ke Pejabat Peguam Negara minggu depan

April 18, 2021 · Isu semasa

Polis akan menyerahkan semula kertas siasatan kes pengacara Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya pendakwah, Haris Ismail atau PU Riz kepada Timbalan Pendakwa Raya minggu depan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan awal telah dikembalikan kepada pihaknya untuk dikemaskinikan.

“Kertas siasatan dihantar kembali kepada kami dengan beberapa arahan mengenai tindakan yang harus diambil.

“Kami akan menyerahkan kembali kepada Timbalan Pendakwa Raya minggu depan untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada Sabtu.

Selain perkahwinannya pada 27 Mac lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP), pasangan itu juga mencetuskan kontroversi susulan lawatan mereka ke Langkawi.

Susulan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata berdasarkan gambar-gambar pasangan berkenaan yang dimuat naik dalam media sosial tidak menunjukkan mereka berdua itu sedang bekerja di Langkawi.

Abdul Hamid memberitahu siasatan akan dijalankan terhadap mereka berdua dan berdasarkan bukti gambar pasangan tersebut yang sedang santai-santai dilihat jelas ia melanggar SOP.

Neelofa dan suaminya sebelum ini mendapat kebenaran dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk ke Langkawi atas urusan kerja.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
RCI Tabung Haji akan ditubuh untuk pulih keyakinan rakyat
July 14, 2021
Sidang Dewan Rakyat: Peratus kehadiran MP PN paling baik
April 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
3 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
3 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok