Kes naik tapi di bawah 3,500

Sebanyak 3,140 jangkitan baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, naik 551 kes berbanding 2,589 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah baharu itu menjadikan kumulatif kes positif mencecah 2,724,684 kes, termasuk 6,373 kes import.

Daripada jumlah itu sehingga semalam sebanyak 2,638,191 pesakit disahkan sembuh, sementara 31,135 pesakit meninggal dunia.

Menurutnya, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah adalah pada nilai Rt 0.91.

Hanya Pulau Pinang dan Pahang mencatat nilai Rt 1.00, sementara negeri-negeri lain antara 0.75 dan 0.99 Rt.

Untuk rekod, nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.0 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti wabak berkenaan.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam naik daripada 19 kes pada Ahad kepada 43 kes semalam, termasuk lapan yang meninggal sebelum sempat mendapat rawatan di hospital (BID).

Menerusi laman sesawang Covidnow memaklumkan jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak awal tahun lalu sebanyak 31,135 kes, termasuk 6,294 kes BID. Berita berkaitan

 

BERITA BERKAIT
POPULAR