Kes naik semula lebih 20,000

March 23, 2022 · Isu semasa

Setelah turun lima hari berturut-turut bermula 18 Mac lalu dengan catatan 24,241 kes hingga 21 Mac (17,828 kes), jangkitan harian semalam, 22 Mac, kembali melonjak melebihi 20,000 kes.

Data laman sesawang CovidNOW kendalian Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan dalam tempoh 24 jam semalam, 21,483 jangkitan baharu dilaporkan, menjadikan kumulatif positif sejak awal 2020 lalu sebanyak 4,032,435 kes.

Semalam, seramai 32,561 pesakit telah pulih menjadikan kumulatif kes sembuh meningkat kepada 3,745,229 kes, sementara 34,535 kematian dilaporkan dan 252,261 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 244,262 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,453 ditempatkan di PKRC; 6,617 dimasukkan ke hospital; dan 339 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 209 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Laman sesawang itu juga menunjukkan 10 negeri dan Wilayah Persekutuan mencatat peningkatan jangkitan harian semalam, dengan Lembah Klang menjadi penyumbang terbesar sebanyak 10,950 kes.

Selangor kekal mencatat kes tertinggi sebanyak 7,452 jangkitan baharu berbanding 6,941 pada Isnin, menjadikan kumulatif positif di negeri itu meningkat kepada 1,108,304 kes.

Seramai 1,024,145 pesakit di negeri itu telah sembuh, 10,457 kes kematian dilaporkan, dan 73,702 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai, 71,885 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 333 ditempatkan di PKRC; 1,432 dimasukkan ke hospital; dan 52 dirawat di ICU, dengan 25 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, 4,806,747 atau 94.9 peratus daripada populasi di Selangor telah lengkap divaksinasi, 5,115,602 atau 100.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 3,912,773 atau 92.0 peratus individu dewasa menerima dos penggalak.

Bagi negeri dan Wilayah Persekutuan lain, Kuala Lumpur merekodkan 3,433 kes baharu semalam, berbanding 1,433 pada Isnin; Sarawak (1,547 kes baharu, 813 Isnin); Perak (1,170 kes baharu, 1,015 Isnin); dan Negeri Sembilan (1,061 kes baharu, 595 Isnin).

Sementara itu, Pahang pula mencatat 959 kes baharu semalam berbanding 771 pada Isnin; Kelantan (609 kes baharu, 608 Isnin); Melaka (536 kes baharu, 422 Isnin); Perlis (131 kes baharu, 104 Isnin); dan Labuan (93 kes baharu, 72 Isnin).

Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri-negeri pada 22 Mac 2022.

Berita berkaitan
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
9 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
9 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok