
Empat pesakit Covid-19 dilaporkan semalam, 13 Jun 2022, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan.
Jumlah jangkitan harian baharu Covid-19 di seluruh negara semalam (Isnin, 14 Jun) meningkat semula melebihi 2,000 kes dengan empat lagi kematian akibat komplikasi virus SARS-CoV-2 direkodkan.
Dalam tempoh 24 jam semalam sebanyak 2,092 kes direkodkan, meningkat berbanding 1,571 kes yang dicatat pada Ahad, menurut laman sesawang CovidNOW Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.
Angka baharu itu menjadikan kumulatif positif sejak awal 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,528,390 kes, dengan 4,470,067 pesakit telah sembuh.
Sebanyak 22,607 kes Covid-19 masih aktif, meningkat berbanding Ahad, termasuk 21,589 pesakit yang menjalani kuarantin di rumah; 16 ditempatkan di PKRC; 978 dirawat di hospital; dan 24 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi dengan 12 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,575 kes melibatkan individu yang telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19; 368 kes (menerima dua dos); 131 (tidak menerima vaksinasi); dan 18 kes (individu belum lengkap divaksinasi).
Berikut adalah kes baharu setiap negeri semalam dan jumlah kumulatif positif sejak Januari 2020:
- Selangor – 1,251 (1,376,043);
- Johor – 68 (384,979);
- Sabah – 72 (372,818);
- Kuala Lumpur – 262 (361,557);
- Sarawak – 25 (307,057);
- Kedah – 50 (300,900);
- Pulau Pinang – 105 (282,766);
- Kelantan – 25 (248,052);
- Negeri Sembilan – 24 (205,917);
- Perak – 74 (205,037);
- Pahang – 12 (171,930);
- Terengganu – 19 (126,365);
- Melaka – 46 (124,948);
- Labuan – 1 (21,434);
- Putrajaya – 55 (21,103); dan
- Perlis – 3 (17,484).
Sementara itu, KKM juga memaklumkan empat pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Kes kematian semalam melibatkan tiga pesakit di Pulau Pinang dan satu di Selangor.
Jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak awal 2020 lalu kini meningkat kepada 35,716 kes, termasuk 7,574 kes BID.