
Data 8 Jun 2021
Sebanyak 5,566 lagi kes positif Covid-19 baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan kumulatif kes naik kepada 627,652.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata jangkitan baharu di Selangor masih tinggi dengan mencatatkan 1,524 kes.
Semalam, 7 Jun negara mencatatkan 5,271 kes baharu. Pada 6 Jun pula jangkitan baharu dicatatkan ialah sebanyak 6,241 kes positif baharu; 5 Jun (7,452 kes); 4 Jun (7,748 kes); 3 Jun (8,209 kes); 2 Jun (7,703 kes); dan 1 Jun (7,105 kes).
Berikut adalah pecahan kes baharu dan kumulatif mengikut negeri:
Selangor – 1,524 (205,044)
Sabah – 350 (64,556)
WPKL – 466 (63,838)
Johor – 456 (62,354)
Sarawak – 707 (52,581)
P Pinang – 185 (31,091)
N Sembilan – 505 (31,048)
Kelantan – 204 (30,687)
Perak – 225 (22,828)
Kedah – 148 (20,794)
Melaka – 314 (14,023)
Pahang – 157 (10,982)
Terengganu – 106 (10,094)
WP Labuan – 191 (5,152)
WP Putrajaya – 27 (2,041)
Perlis – 1 (539)
BERITA LANJUT MENYUSUL