
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara semalam, 9 Jun 2022.
Kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 9 Jun 2022) meningkat lagi kepada 1,887 kes, termasuk lapan kes import, berbanding pada Rabu sebanyak 1,518 kes.
Rekod laman Github Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan angka semalam adalah kenaikan hari kedua berturut-turut selepas mencatat 1,128 pada Selasa.
Daripada jangkitan baharu semalam, 1,424 kes melibatkan individu yang telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19, penerima dua dos (286 kes); individu tidak divaksinasi (161 kes); dan 16 kes (penerima belum lengkap vaksinasi).
Angka terbaharu semalam menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 meningkat kepada 4,520,852 kes, dengan 4,463,070 pesakit telah sembuh, termasuk 1,399 yang pulih semalam.
Sebanyak 22,074 kes masih aktif, meningkat 485 berbanding Rabu, termasuk 21,074 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 21 ditempatkan di PKRC; 954 dirawat di hospital; dan 25 dimasukkan ke unit rawatan rapi, dengan 17 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Berikut adalah kes baharu setiap negeri semalam dan jumlah kumulatif positif sejak Januari 2020:
- Selangor – 776 (1,372,500);
- Johor – 56 (384,756);
- Sabah – 67 (372,563);
- Kuala Lumpur – 371 (360,176);
- Sarawak – 65 (306,910);
- Kedah – 43 (300,741);
- Pulau Pinang – 84 (282,245);
- Kelantan – 24 (247,993);
- Negeri Sembilan – 89 (205,632);
- Perak – 143 (204,622);
- Pahang – 25 (171,839);
- Terengganu – 10 (126,314);
- Melaka – 46 (124,745);
- Labuan – 1 (21,428);
- Putrajaya – 80 (20,921); dan
- Perlis – 7 (17,467).
KKM juga melaporkan tiga pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Angka terbaharu itu menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 35,708 kes, termasuk 7,572 kes BID.
Kematian yang direkodkan semalam membabitkan masing-masing satu kes di Kedah, Melaka dan Pahang.