Kes naik lagi semalam, 4 kematian

May 13, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 3,410 jangkitan baharu dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 12 Mei 2022).

Jumlah itu meningkat 89 kes berbanding 3,321 yang dicatat pada Rabu, menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 kepada 4,470,471 kes.

Daripada jumlah kes positif itu, seramai 4,408,043 pesakit telah pulih, dengan 26,826 kes masih aktif, termasuk 25,414 atau 94.7 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 1,328 pesakit kini dimasukkan ke hospital; 51 dirawat di unit rawatan rapi, dengan 34 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan, dan 33 pesakit ditempatkan di PKRC.

Individu yang menerima dos penggalak vaksin Covid-19 kekal menjadi penyumbang utama kes harian semalam apabila merekodkan 2,361 kes diikuti 667 (individu lengkap dua dos); 319 (tidak divaksinasi); dan 63 lagi mereka yang belum lengkap divaksinasi.

Data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan hanya tiga negeri mencatat peningkatan jangkitan harian semalam.

Selangor mencatat 1,691 kes baharu berbanding 1,220 pada Rabu menjadikan kumulatif positif di negeri itu mencecah 1,349,917 kes.

Johor pula merekodkan 126 kes baharu berbanding 88 pada Rabu, dan Perlis (10 kes baharu, sembilan pada Rabu).

Sementara itu, KKM juga memaklumkan empat pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, menjadikan kumulatif sejak Mac 2020 sebanyak 35,602 kes.

Perak mencatat dua kematian, manakala masing-masing satu di Perlis dan Selangor.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 12 Mei 2022.

Berita berkaitan
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023· Politik
Kes saman Ismail Sabri terhadap Lokman dibicara pada 29 Jan 2024
March 6, 2023· Politik
Banjir: Empat kematian dilaporkan di Johor, jumlah mangsa mencecah 48,000 di PPS
March 4, 2023· Isu semasa
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
8 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
8 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
13 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
14 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok