Kes naik lagi, Selangor tertinggi

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 8 April 2022) melonjak semula kepada 14,944 kes, lebih tinggi daripada 11,994 kes yang dicatat pada Khamis.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif sejak awal 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,307,529 kes, dengan 4,113,831 pesakit telah pulih, 35,259 kematian direkodkan dan 158,439 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 154,880 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 341 ditempatkan di PKRC; 3,012 dimasukkan ke hospital; dan 206 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 109 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, lebih 69.13 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan dengan 25,891,835 atau 79.3 peratus populasi menerima dua dos, 27,550,216 atau 84.4 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 15,908,442 atau 67.6 peratus menerima dos penggalak.

Menurut data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini jam 7.40 pagi tadi, empat daripada 16 negeri dan Wilayah Persekutuan mencatat peningkatan jangkitan harian semalam membabitkan Selangor, Perak, Melaka dan Pahang.

Selangor mencatat 9,674 jangkitan, meningkat daripada 6,419 kes pada Khamis sebanyak 6,419 kes, menjadikan kumulatif positif kini mencecah 1,256,131 kes.

Pada masa sama seramai 1,157,385 pesakit di Selangor telah pulih, 10,577 kematian direkodkan, dan 88,169 kes masih aktif, dengan 87,248 pesakit menjalani kuarantin di rumah.

Selain itu, 109 pesakit ditempatkan di PKRC di seluruh Selangor; 764 dimasukkan ke hospital; dan 48 pesakit dirawat di ICU, dengan 24 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, seramai 4,011,324 atau 93.9 peratus individu dewasa di Selangor telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19.

Seramai 4,833,902 atau 95.5 peratus lagi populasi di Selangor telah menerima dua suntikan, manakala 5,144,724 atau 101.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, Perak pula mencatat 637 jangkitan baharu, meningkat berbanding 549 kes pada Khamis, diikuti Melaka (250 kes, 263 Khamis), dan Pahang (321 kes, 316 Khamis).

Berikut adalah pecahan kumulatif positif mengikut negeri sehingga 7 April 2022:

  • Selangor – 1,256,131;
  • Johor – 376,922;
  • Sabah – 368,954;
  • Kuala Lumpur – 335,147;
  • Sarawak – 301,883;
  • Kedah – 295,118;
  • Pulau Pinang – 271,990;
  • Kelantan – 246,219;
  • Negeri Sembilan – 194,067;
  • Perak – 193,878;
  • Pahang – 168,631;
  • Terengganu – 123,342;
  • Melaka – 118,690;
  • Labuan – 21,122;
  • Putrajaya – 18,448; dan
  • Perlis – 16,987.

Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri-negeri pada 8 April 2022.

BERITA BERKAIT
POPULAR