[KEMAS KINI] Jangkitan naik lagi, kumulatif hampiri satu juta kes

July 24, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi terus melonjak lagi ke paras 15,902 kes menjadikan kumulatif sebanyak 996,393.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Lembah Klang terus menyumbang kes paling banyak di seluruh negara dengan Selangor terus mencatat angka tertinggi sebanyak 7,351 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,406).

Dalam tempoh itu, 10 daripada 16 negeri dan wilayah mencatatkan peningkatan dengan kes di Kuala Lumpur naik 343 menjadi 2,406 kes berbanding 2,063 jangkitan yang dicatatkan semalam.

Negeri dan wilayah lain yang mencatatkan kenaikan kes membabitkan Sabah, Perlis, Perak, Melaka, Kelantan, Johor, Labuan, Putrajaya dan Terengganu.

Selangor terus menjadi negeri yang merekodkan angka tertinggi, walaupun turun 321 kes daripada 7,672 kes yang direkodkan semalam, kepada 7,351 jangkitan.

Susulan lonjakan kes di Lembah Klang sejak kebelakangan ini, Kementerian Kesihatan (KKM) menubuhkan Pasukan Petugas Khas Lembah Klang (GKVSTF) bagi menangani isu berkaitan peningkatan jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital dan beban kepada sistem penjagaan kesihatan dengan kadar segera.

Antara tanggungjawab pasukan itu, termasuk penjagaan klinikal, pusat penilaian Covid-19 (CAC) dan pemantauan kendiri di rumah, epidemiologi, dan logistik perubatan dan umum.

Manakala, Hospital Selayang ditukar status menjadi Hospital Covid-19, dengan pesakit bukan Covid-19 dipindahkan ke hospital swasta di sekitar Lembah Klang.

Data 24 Julai 2021

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok