Kes naik lagi kepada 6,380

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi naik lagi kepada 6,380 kes berbanding 6,266 dalam tempoh sama semalam.

Kenaikan ini adalah kali ketiga berturut-turut, dua minggu setelah sambutan Deepavali diadakan pada 4 November lalu.

Beliau berkata angka terbaharu itu menjadikan kumulatif kes sejak awal tahun lalu hingga tengah hari tadi sebanyak 2,569,533 kes.

Setakat semalam seramai 2,466,523 pesakit Covid-19 dilaporkan telah sembuh, manakala 29,837 pesakit lagi meninggal dunia.

Sementara itu beliau berkata kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 17 November 2021 untuk seluruh negara adalah 1.03.

Sembilan negeri merekodkan Ro/Rt melebihi 1.0 dengan tertinggi ialah Labuan sebanyak 1.29 diikuti, Putrajaya (1.12); Kuala Lumpur (1.09); Negeri Sembilan (1.07); Selangor (1.06); Kelantan (1.05); Pahang (1.03); dan masing-masing 1.01 di Johor dan Kedah.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kes aktif Covid-19 di seluruh negara naik 1,477 kes kepada 66,793.

Daripada jumlah itu, 52,235 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 8,242 ditempatkan di PKRC; 5,780 dimasukkan ke hospital; dan 536 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dengan 251 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

BERITA BERKAIT
POPULAR