Kes naik di empat negeri, 228 kluster masih aktif

November 28, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi di empat negeri meningkat berbanding semalam, dengan Johor mencatat 404 kes baharu berbanding 337 semalam.

Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif di Johor meningkat kepada 230,516 kes, dengan sehingga semalam seramai 219,783 pesakit disahkan sembuh. Negeri itu juga merekodkan 3,760 kes kematian, termasuk 475 pesakit meninggal dunia sebelum diberi rawatan perubatan di hospital (BID).

Sehingga semalam, Johor merekodkan 7,109 kes aktif, dengan 5,980 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 577 ditempatkan di PKRC; 519 dimasukkan ke hospital; dan 33 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 26 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari lalu hingga semalam, 6,203,612 dos vaksin Covid-19 telah diberikan.

Daripada jumlah itu, 3,013,496 atau 79.7 peratus populasi di Johor melengkapkan vaksinasi masing-masing, manakala 80.8 peratus atau 3,056,136 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, jangkitan di Pulau Pinang turut meningkat kepada 262 kes hari ini berbanding 227 semalam; diikuti Terengganu (172 kes baharu, 171 semalam; dan Sarawak (158 kes baharu, 137 semalam).

Selangor kekal merekodkan jangkitan tertinggi, walaupun kes turun kepada 1,097 hari ini berbanding 1,503 kes semalam.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiga lagi kluster baharu dikesan dalam tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari tadi, menjadikan keseluruhannya 5,931 kluster dengan 5,703 telah ditamatkan dan 228 masih aktif.

Dalam tempoh sama katanya, 5,007 pesakit disahkan sembuh menjadikan kumulatif sebanyak 2,527,052 pesakit telah pulih, berbanding 2,623,816 kumulatif kes positif.

“Seramai 511 pesakit kini dirawat di ICU dengan 261 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Daripada 4,239 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 73 kes atau 1.7 peratus adalah pesakit kategori 3, 4, dan 5; dan 4,166 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan kadar kebolehjangkitan atau Ro/Rt Malaysia berdasarkan kes semalam adalan 0.96.

Berdasarkan statistik yang dikongsi beliau, sembilan negeri masih mencatat kadar kebolehjangkitan yang tinggi melebihi Rt 1.00, dengan Rt di Labuan kembali turun kepada 1.19, berbanding 1.22 pada Jumaat.

Bagi negeri-negeri lain, Kedah mencatat Rt 1.05; diikuti 1.02 di Kuala Lumpur dan Putrajaya; Selangor dan Perak (1.01); Melaka, Pahang dan Pulau Pinang (1.00).

Kelantan mencatat Rt 0.99; manakala Johor dan Sabah (0.98); Terengganu (0.96); Negeri Sembilan (0.95); Perlis (0.93); dan Sarawak (0.77).

Untuk rekod, nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.0 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti wabak berkenaan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok