Kes melonjak semula melepasi 12,000

Jumlah kes baharu jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi melonjak semula kepada 12,366 kes, berbanding 10,972 kes yang dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini, berkata negeri di Lembah Klang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan peningkatan semula berbanding semalam.

Selangor kekal mencatat kes tertinggi harian dengan 5,524 kes baharu hari ini diikuti Kuala Lumpur dengan 1,580 jangkitan dan Putrajaya (50 kes).

Mengikut data diterbitkan Kementerian Kesihatan (KKM) sembilan negeri merekodkan peningkatan.

Negeri terbabit ialah Selangor; Sarawak; Sabah; Pulau Pinang; Perlis; Kelantan; Kuala Lumpur; Putrajaya; dan Terengganu.

BERITA BERKAIT
POPULAR