[KEMAS KINI] Kes melonjak paras tertinggi, Kedah hampiri angka 1,000

July 23, 2021 · Isu semasa

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi melonjak ke paras tertinggi hari ini apabila mencatatkan 15,573 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu menjadikan kumulatif kes kini kepada 980,491 kes.

Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terus menyumbang kes tertinggi hari ini. Selangor merekodkan 7,672 kes, Kuala Lumpur (2,063) dan Putrajaya (41).

Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, lapan negeri dan wilayah merekodkan peningkatan, dengan kes di Kedah melonjak menghampiri angka 1,000.

Kedah hari ini merekodkan 937 jangkitan baharu, berbanding 701 kes semalam. Sejak beberapa hari lalu, kes positif Covid-19 di negeri itu terus meningkat.

Lonjakan mendadak jangkitan Covid-19 di Kedah mulai 8 Julai sehingga sekarang dikatakan berpunca daripada kegagalan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pada 7 Julai, Kedah merekodkan 198 kes positif Covid-19, tetapi ia mula meningkat kepada 360 kes sehari selepas itu, sehinggalah yang tertinggi sebelum ini dicatatkan pada 21 Julai 2021 dengan 800 kes.

Semalam, sebanyak 13,034 jangkitan baharu dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam, dengan Lembah Klang terus menyumbang kes tertinggi.

Jumlah kes paling tinggi dicatatkan sebelum ini ialah pada 15 Julai sebanyak 13,215 jangkitan.

Pada masa sama Dr Noor Hisham turut mengingatkan bahawa varian Delta adalah varian baharu yang dua hingga empat kali lebih mudah dan cepat merebak berbanding varian sedia ada.

“Ia merebak dalam masa yang lebih singkat dan lebih mudah menjangkiti orang lain. Oleh itu orang ramai perlu meningkatkan langkah perlindungan diri dengan memakai pelitup muka berganda di tempat awam, elakkan ke tempat sesak dan sempit dan memastikan pengudaraan yang baik,” katanya.

Katanya kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Institusi Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengenal pasti sebanyak 119 kes varian baharu virus SARS-CoV-2.

Semua 119 kes adalah Variant of Concern (VOC) iaitu 106 kes varian Delta; 10 kes varian Beta; dan tiga kes varian Alpha.

Beliau berkata, angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 429 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 409 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah Variant of Interest (VOI). Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 206 kes varian Beta, 189 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta,” katanya.

Sementara itu Dr Noor Hisham juga menasihatkan semua individu yang disahkan positif perlu mengemas kini status kesihatan pada ruang perlu dilakukan di dalam aplikasi MySejahtera dan dilakukan secara harian sehingga disahkan tidak lagi positif Covid-19 iaitu tamat tempoh pemantauan 14 hari.

“Jika anda merupakan individu dalam Pengawasan dan Pemerhatian (PUS), lakukan penilaian kesihatan secara kendiri selama 14 hari dalam aplikasi MySejahtera,” katanya.

Pecahan mengikut negeri 23 Julai 2021.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok