Kes majikan Cina kurang ajar boleh jadi punca rusuhan kaum: PPIM

April 16, 2021 · Isu semasa

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius kes majikan Cina yang bertindak kurang ajar memukul dan mengugut dua pengawal peribadinya hanya kerana berpuasa kerana ia boleh menjadi punca rusuhan kaum tercetus.

Presidennya, Datuk Nadzim Johan mengecam keras majikan Cina tersebut yang bertindak luar batasan menghina agama Islam dan menggesa supaya tindakan tegas diambil terhadap majikan tersebut yang dipercayainya terlibat dalam kumpulan kongsi gelap susulan penemuan jongkong emas dan wang tunai asing bernilai jutaan ringgit semalam.

“Saya berharap perkara ini yang terakhir kerana kami terima aduan dibawah ini yang cukup marah dan mereka nak serang, ini sangat tidak baik jika berlaku.

“Kita berharap perkara ini ditangani dengan sekeras-kerasnya supaya ia dijadikan pengajaran kepada semua… kalau ini tidak ditangani, ia akan jadi rusuhan kaum dan kita tidak boleh terima sekarang ini jika ia berlaku,” kata beliau dalam satu sidang media pagi ini.

Beliau mengharapkan tindakan yang berkesan dan tegas terhadap majikan tersebut bersama konco-konconya yang perlu dikenakan hukuman setimpal bagi mengelakkan orang ramai marah dengan insiden tersebut.

“Ia akan merosakkan semua ini (perpaduan), kita amat mengharapkan tindakan yang berkesan,” katanya.

Mengulas lanjut, Nadzim juga meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador agar dapat menyelesaikan dakwaan yang dibuat oleh majikan Cina yang mengatakan mengenalinya seperti terdapat dalam laporan polis kerana ia menimbulkan persepsi namanya disalahguna untuk tujuan menakut-nakutkan orang.

“Dia (majikan Cina) mendakwa kawan IGP (Ketua Polis Negara), ini dakwa dia… maknanya IGP kena settle (selesaikan) dengan dia lah, jangan biar orang guna nama dia… pasal ini juga kaedah dia guna menakutkan orang lain,” katanya lagi.

Terdahulu, tular satu laporan polis berhubung seorang majikan Cina yang memukul dua pengawal peribadi sehingga lebam di badan hanya kerana berpuasa.

Majikan berbangsa Cina berusia 43 tahun juga mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam hanya kerana kedua-dua pengawal peribadi tersebut sedang berpuasa.

Menurut polis, seramai empat individu ditahan disyaki terlibat dalam kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Polis tahan aktivis media sosial lantang kritik kerajaan
October 31, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok