Kes liwat Iki Putra: Boleh jatuhkan undang-undang syariah negeri

August 5, 2023 · Isu semasa

Kes Iki Putra Mubarak akan memberi kesan domino yang boleh menjatuhkan satu persatu undang-undang syariah di peringkat negeri, lapor MalaysiaGazette.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Islam), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berpendapat undang-undang syariah seolah-olah boleh disepak terajang dan dinyahkan walaupun hanya dengan mahkamah majistret atau mahkamah rendah sivil.

Beliau mendakwa, apabila pertembungan berlaku antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil, kes akan sentiasa berpihak kepada mahkamah sivil.

Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan berkata satu-satunya jalan bagi menyelamatkan undang-undang syariah adalah melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Ia juga adalah antara saranan 200 peguam yang menandatangani petisyen bagi mendesak pindaan Perlembagaan Persekutuan susulan kes Iki Putra.

Media sebelum ini melaporkan Iki Putra didakwa di Mahkamah Syariah pada 21 Ogos 2019 atas kesalahan meliwat yang dilakukannya di Bangi.

Namun disebabkan tidak berpuas hati dengan pertuduhan itu, Iki Putra mencabar peruntukan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dengan mendakwa negeri atau Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menggubal dan membicarakan kes jenayah liwat.

Dalam pada itu, beliau menegaskan sudah sampai masanya kerajaan memandang serius untuk memperkasa dan memartabatkan undang-undang syariah.

“Saya pasti semua umat Islam faham apabila 20 kesalahan syariah ini diputuskan tidak berperlembagaan, apa implikasinya kepada negeri-negeri lain.

“Perjalanan memperkasa undang-undang syariah ini bukan kerja sehari dua. Saya sedia maklum dan yakin, mana-mana menteri yang terlibat sama ada sebelum atau selepas saya, memberikan komitmen sepenuhnya untuk perjuangan ini.

“Ini masanya untuk kita bersatu kerana ia sudah menyentuh kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama Islam, begitu juga autoriti Mahkamah Syariah,” katanya.

Sekitar tahun 2020 dan 2021, terdapat 28 buah Rang Undang-Undang/Kaedah-Kaedah yang diusahakan oleh kerajaan dan sebahagiannya telah hampir disempurnakan dengan kerjasama pelbagai pihak.

Ini tidak termasuk tujuh pindaan akta sedia ada yang berlangsung pada tahun-tahun tersebut dalam Pelan Pemerkasaan Undang-Undang Syariah Peringkat Persekutuan yang disasarkan sehingga 2025.

“Saya mengharapkan janganlah isu memperkasakan mahkamah syariah dan penggubalan undang-undangnya menjadi makin melemah dan akhirnya mati di tengah jalan,” katanya.

Kes Iki Putra akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pada 17 Ogos ini bagi mencabar kesahihan enakmen jenayah syariah.

Berita berkaitan
Rayuan wanita cabar keputusan murtad Mahkamah Syariah ditolak
August 28, 2023· Isu semasa
PRU-15: Tak mahu rakyat jadi mangsa ‘janji Puteri Gunung Ledang’
October 17, 2022· Politik
Bekas isteri SM Faisal gagal cabar kuasa Mahkamah Syariah
September 5, 2022· Isu semasa
Pelawak wanita hina Islam didakwa di Mahkamah Syariah esok
July 19, 2022· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
19 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
19 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023 · Isu semasa
Isu bekalan beras, Mat Sabu kata sudah bertemu wakil PM India
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok