[KEMAS KINI] Kes kematian turun dua angka kepada 86

June 4, 2021 · Isu semasa

Kes kematian akibat Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi kembali kepada dua angka apabila 86 kes direkodkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Paling banyak kematian dilaporkan ialah di Selangor iaitu 20 kes diikuti Johor (14); Negeri Sembilan (13); Kuala Lumpur (tujuh); Sarawak (lima) dan Kedah (empat).

Sabah, Melaka, Pahang, Perak, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan tiga kes, manakala masing-masing dua kes di Kelantan dan Terengganu.

Beliau berkata, sebanyak 883 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 459 memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 6,624 menjadikan kumulatif kes 515,571, manakala jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini ialah 3,182,” katanya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sejak 24 Mei 2021 hingga hari ini sebanyak 19 kes varian baharu Covid-19 dilaporkan di mana semuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu empat (4) kes varian Delta (B.1.617.2) dan 15 kes varian Beta (B.1.351).

“Kes baharu varian Delta (B.1.617.2) yang dahulunya dikenali sebagai varian India adalah sebanyak tiga kes di Wilayah Persekutuan Labuan dan satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kesemua tiga kes di Wilayah Persekutuan Labuan adalah jangkitan dari luar negara yang merupakan kes-kes dari kluster Layangan Labuan. Manakala satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah jangkitan tempatan,” katanya.

Beliau berkata, bagi 15 kes baharu varian Beta (B.1.351) yang dahulunya dikenali sebagai varian South Africa pula, sebanyak enam kes dilaporkan di Johor, lima kes di Kelantan serta masing-masing satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, Melaka, dan Terengganu. Semua kes adalah merupakan jangkitan tempatan.

“Sehingga 4 Jun 2021, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 138 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 122 kes adalah VOC dan 16 kes adalah VOI,” katanya.

Berita berkaitan
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
22 jam lalu· Politik
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Popular
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Kes Ebit Lew: Saksi minta mangsa buat laporan polis di Sabah
September 28, 2022
Harga sawit negara jatuh terendah dalam 15 bulan, permintaan terjejas
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
1 jam lalu · Isu semasa
SRC, 2 anak syarikat selesai saman terhadap Putrade Property: Laporan
1 jam lalu · Isu semasa
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
2 jam lalu · Isu semasa
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
2 jam lalu · Isu semasa
FAA akan letak semula keselamatan udara kita ke Kategori 1: Laporan
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok