Kematian semakin turun

Jumlah kematian akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 14 April 2022), turun kepada 18 kes, berbanding 22 yang dilaporkan pada Rabu, menurut Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Jumlah itu termasuk lima pesakit yang meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan sebelum mayat dibawa ke hospital untuk bedah siasat atau dikategorikan sebagai kes ‘brought in death’ (BID).

Tiada maklumat diberikan sama ada lima kes kematian BID itu turut membabitkan dalam kalangan 114,854 pesakit yang dijangkiti Covid-19 tahap rendah dan menjalani kuarantin di rumah.

Sejak Mac 2020 hingga semalam, jumlah kumulatif kematian kini mencecah 35,381 kes, termasuk 7,473 kes BID.

Data CovidNOW yang dikemas kini jam 6 pagi tadi menunjukkan tiga negeri – Johor, Kedah dan Perak – masing-masing merekodkan tiga kes kematian, semalam.

Kedah kini mencatat kumulatif positif sebanyak 296,814 kes, keenam tertinggi dalam kalangan negeri-negeri lain selepas Selangor, Johor, Sabah, Kuala Lumpur dan Sarawak.

Seramai 291,470 pesakit di Kedah telah pulih daripada jangkitan Covid-19 dan 2,741 kes masih aktif, termasuk 2,579 pesakit yang menjalani kuarantin di rumah.

Dua puluh satu pesakit lagi ditempatkan di PKRC; 132 dimasukkan ke hospital; dan sembilan dirawat di unit rawatan rapi, dengan lima daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi negeri-negeri lain, Negeri Sembilan serta Pahang masing-masing mencatat dua kes kematian, diikuti masing-masing satu kes di Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Putrajaya.

Tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Labuan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perlis, Melaka dan Kelantan, semalam.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 14 April 2022.

BERITA BERKAIT
POPULAR