[KEMAS KINI] Kes kematian di Selangor, KL dan Johor melonjak

August 2, 2021 · Isu semasa

Selangor merekodkan jumlah kes kematian akibat Covid-19 tertinggi dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi apabila 105 pesakit meninggal dunia, melonjak berbanding 55 kes pada Ahad.

Jumlah kematian yang tinggi turut direkod di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 41 kes, diikuti 24 kes di Johor.

Angka itu menjadikan jumlah pesakit Covid-19 yang meninggal dunia dalam tempoh berkenaan, termasuk 18 membabitkan bukan warganegara Malaysia, meningkat semula kepada 219, menjadikan keseluruhan kematian sebanyak 9,403 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sejak jangkitan pertama Covid-19 dikesan pada awal tahun lalu sehingga kini 937,732 pesakit disahkan sembuh, termasuk 11,767 kes yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dan 199,051 kes masih aktif.

“Setakat ini sebanyak 1,063 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dan 532 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata 29 lagi kluster baharu dengan 831 jangkitan, dikesan di seluruh negara menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 1,128, manakala 2,603 lagi telah ditamatkan.

Kluster yang direkodkan hari ini merangkumi 13 kes di tempat kerja membabitkan 457 individu; sebelas kluster komuniti (293 individu); tiga kumpulan berisiko tinggi (50 individu); dan masing-masing satu kluster keagamaan (8 individu), dan kluster institusi pendidikan (23 individu).

Dr Noor Hisham berkata Kelantan merekodkan 10 kluster yang turut membabitkan enam jangkitan dalam komuniti.

Terdahulu beliau memaklumkan, 15,767 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam, termasuk 2,538 membabitkan bukan rakyat Malaysia.

Daripada 15,764 kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 286 kes atau 1.8 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5, manakala 15,478 kes (98.2 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa Covid-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Mengenai kadar kebolehjangkitan Dr Noor Hisham berkata berdasarkan data terkini pada 1 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.08.
“Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.53) diikuti oleh Terengganu (nilai RT 1.35), dan Kelantan (nilai RT 1.25). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok