[KEMAS KINI] Kes kematian catat rekod tertinggi hari ini

September 8, 2021 · Isu semasa

Jumlah pesakit Covid-19 di seluruh negara yang meninggal dunia akibat jangkita Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi meningkat ke paras tertinggi sejak pandemik itu menular di negara ini awal tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam itu, 361 pesakit meninggal dunia, meningkat berbanding 311 kes yang dilaporkan dalam tempoh sama semalam.

Beliau berkata angka terbaharu itu yang turut melibatkan 60 bukan warganegara Malaysia, melonjakkan jumlah kematian terkini kepada 19,163 kes.

Dalam tempoh sama katanya, 102 kes meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital (BID) yang turut membabitkan 31 bukan warganegara, dilaporkan.

Mengikut data dikeluarkan Kementerian kesihatan (KKM) hari ini, lapan negeri merekodkan peningkatan kes kematian membabitkan Selangor sebanyak 67 kes, diikuti Johor (65 kes), Sabah (54 kes), Kedah (51 kes), Kuala Lumpur (34 kes), Negeri Sembilan (29 kes), Kelantan (17 kes), dan Sarawak (10 kes).

Pada masa sama beliau berkata, 22,701 pesakit disahkan sembuh menjadikan kumulatif sebanyak 1,632,631 kes sembuh berbanding jumlah kes positif sebanyak 1,900,467.

“Sebanyak 248,673 kes masih aktif dengan 904 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 430 kes memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Bagaimanapun, jumlah pesakit yang dirawat di ICU dan yang memerlukan alat bantuan pernafasa itu hanya membabitkan individu yang disahkan positif Covid-19, bukan kes yang disyaki atau yang dalam siasatan.

Data 8 September 2021.

Terdahulu Dr Noor Hisham memaklumkan jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam itu meningkat semula melebihi paras 19,000 kes, berbanding 18,547 kes yang dicatatkan semalam.

Dalam tenpoh itu katanya, 19,733 jangkitan baharu dikesan yang turut membabitkan 2,445 individu bukan warganegara Malaysia.

“Secara keseluruhannya sehingga 8 September 2021, daripada 1,900,467 kes positif Covid-19, 91.3 peratus atau 1,734,088 adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap divaksinasi.

“Hanya 166,379 kes (8.7 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap. Daripada 19,733 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 429 pesakit adalah kategori 3, 4 dan 5, manakala 19,304 lagi kategori 1 dan 2,” katanya.

Dr Noor Hisham juga berkata dalam tempoh itu juga 35 kluster baharu dikesan menjadikan keseluruhannya 4,995 kluster dengan 3,536 kluster telah ditamatkan manakala 1,459 masih aktif.

Daripada 35 kluster baharu itu, 20 membabitkan jangkitan di tempat kerja, komuniti (11), kumpulan berisiko tinggi (dua) dan pendidikan (dua).

Lapan daripada kluster komuniti itu dilaporkan di Kelantan, manakala tujuh kluster tempat kerja direkodkan di Selangor.

Kelantan hari ini merekodkan lonjakan kes baharu daripada 1,458 semalam kepada 1,471 kes hari ini, manakala Selangor juga mencatat peningkatan kes daripada 2,407 kepada 2,989 hari ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Kes Hakim Syarie berbogel, polis dalam proses rakam keterangan saksi
January 13, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
18 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
23 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok