Kes kematian bukan di hospital akibat Covid-19 semakin meningkat

May 27, 2021 · Isu semasa

Sebelum ini, kita sering mendengar laporan luar negara di mana kes kematian di rumah akibat Covid-19 sering berlaku kerana kegagalan pesakit mendapatkan rawatan awal.

Negara-negara seperti Indonesia, India dan Colombia pada peringkat awal serangan pandemik itu banyak melaporkan kes-kes sedemikian – meninggal di rumah sebelum jenazah kemudiannya dihantar ke hospital untuk bedah siasat. Ada juga sesetengah kes, jenazah dikebumikan terus tanpa menyedari si mati dijangkiti Covid-19.

Punca berlaku hal sedemikian ialah individu atau keluarga pesakit menganggap demam, selesema dan batuk yang dialami adalah perkara biasa. Mereka hanya berubat secara kampung atau mendapat rawatan di klinik tanpa melakukan ujian pengesanan virus Covid-19.

Kini, kematian bukan di hospital dan jenazah kemudian dihantar ke hospital atau dikenali dengan istilah ‘brought in dead’ (BID) turut berlaku di Malaysia.

Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes kematian di luar hospital atau BID disebabkan jangkitan Covid-19 semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga 25 Mei lalu trend kes BID meningkat dengan yang tertinggi direkodkan ialah pada 22 Mei membabitkan 10 kes.

“Kes BID ini merujuk kepada kes kematian di luar hospital dan kematian ini disahkan disebabkan Covid-19 selepas proses bedah siasat.

“Secara keseluruhan sejak 1 Mei hingga 25 Mei lalu, 93 kes BID telah dilaporkan, berbanding 35 kes pada bulan April 2021 iaitu peningkatan sebanyak 165.7 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan di mana individu yang dijangkiti Covid-19 itu meninggal sebelum dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

Proses bedah siasat dilakukan ke atas mayat yang meninggal dunia di tempat lain untuk mengetahui punca kematian.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok