[KEMAS KINI] Jumlah kematian naik semula, 467 kes varian Delta dikenal pasti

August 17, 2021 · Isu semasa

Jumlah kes kematian akibat Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu meningkat sedikit hari ini menjadi 293 kes, termasuk 42 membabitkan bukan warganegara Malaysia, berbanding 274 pesakit meninggal dunia semalam.

Daripada jumlah itu, 44 kes membabitkan kematian sebelum dibawa ke hospital.

Angka itu menjadikan keseluruhan kes kematian kepada 13,077 kes, sementara 16,468 pesakit lagi disahkan sembuh, menjadikan kumulatif kes sembuh kepada 1,179,046 daripada 1,444,270 pesakit positif.

Enam negeri mencatatkan peningkatan kes kematian iaitu Kuala Lumpur sebanyak 47 kes berbanding 39 kematian semalam; Johor 42 (31 kes semalam); Melaka 19 kes (16 kes semalam); Perak 19 kes (10 kes semalam); Pahang 21 kes (1 kes semalam); Negeri Sembilan 9 kes (5 kes semalam) dan Terengganu 5 kes (3 kes semalam).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan sehingga kini Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengenal pasti 467 kes Covid-19 disebabkan varian Delta; 209 kes (varian Beta) dan 14 kes (varian Aplha).

IMR juga katanya, mengesan 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa, dan tiga kes varian Eta.

Menurutnya secara keseluruhan sehingga kini 252,147 kes Covid-19 masih aktif di seluruh negara.

Seramai 1,054 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi, turun sejak beberapa hari lalu, dengan 525 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Beliau juga memaklumkan daripada 19,631 kes baharu yang direkodkan hari ini, sebanyak 305 kes (1.6 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 19,326 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Secara keseluruhan, 16,638 kes atau 84.75 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi, katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai kadar kebolehjangkitan, beliau berkata berdasarkan data terkini pada 16 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.05. Negeri dengan Perlis mencatat nilai RT tertinggi iaitu sebanyak 1.25.

Ia diikuti Sarawak dengan nilai RT 1.23, dan Kelantan (nilai RT 1.19). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Negeri Sembilan.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan sebanyak 39 kluster baharu turut direkodkan dengan 23 daripadanya adalah kluster tempat kerja, komuniti (13), pusat tahanan (dua – di Pulau Pinang) dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi di Selangor.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
India sahkan kematian pertama jangkitan cacar monyet
August 2, 2022· Dunia
Popular
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
August 8, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Skandal LCS: Hishammuddin tak janji bila kapal bakal siap, mungkin setahun dua lagi
31 minit lalu · Isu semasa
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
3 jam lalu · Isu semasa
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
5 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
2 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok