Kes kematian akibat Covid-19 meningkat semula

August 15, 2021 · Isu semasa

Jumlah kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu meningkat kepada 282 kes menjadikan keseluruhan sejak pandemik melanda negara pada Mac tahun lalu kepada 12,510 kes.

Selangor kekal menjadi negeri tertinggi merekodkan kes kematian iaitu membabitkan 108 pesakit. Negeri lain yang mencatat kes kematian yang tinggi ialah Kuala Lumpur (45 pesakit); Johor (44); Pulau Pinang (24) dan Kedah (15).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam itu juga 16,945 pesakit disahkan sembuh menjadikan keseluruhannya 1,145,128 pesakit sembuh berbanding 1,404,899 kes positif.

“Sebanyak 247,261 kes masih aktif. Daripada jumlah itu 1,059 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi, dengan 526 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu beliau memaklumkan 20,546 kes baharu direkodkan hari ini, termasuk 3,272 yang membabitkan bukan warganegara Malaysia.

Daripada jumlah kes baharu itu, katanya sebanyak 373 kes atau 1.8 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5, manakala 20,173 kes (98.2 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Secara keseluruhan, 17,802 kes atau 86.64 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Dapatkan vaksin Covid-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan Covid-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5,” katanya.

Mengenai kadar kebolehjangkitan, beliau berkata, berdasarkan data terkini pada 14 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.05.

Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.47), diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.20), serta Sabah dan Pulau Pinang (masing-masing nilai RT 1.17). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan 29 kes baharu dikesan hari ini menjadikan keseluruhannya 4,183 kluster dengan 2,866 sudah ditamatkan dan 1,317 masih aktif.

Sebanyak 17 daripada kluster itu membabitkan jangkitan di tempat kerja, komuniti (10 kluster) dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
India sahkan kematian pertama jangkitan cacar monyet
August 2, 2022· Dunia
Popular
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
August 8, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Skandal LCS: Hishammuddin tak janji bila kapal bakal siap, mungkin setahun dua lagi
58 minit lalu · Isu semasa
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
4 jam lalu · Isu semasa
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
5 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
3 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok