Kes kematian akibat Covid-19 di Selangor cecah lebih 10,000

January 12, 2022 · Isu semasa

Selangor yang menjadi negeri ‘hotspots’ penularan Covid-19 di negara ini sejak awal 2020, semalam merekodkan kumulatif kes kematian melebihi 10,000.

Berdasarkan pengiraan Agenda Daily, tidak sampai 10 hari lagi Selangor bakal merekodkan jumlah positif terkumpul Covid-19 sebanyak 800,000 sekiranya angka jangkitan kekal pada sekitar 600 kes sehari.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kemas kini laman sesawangnya Covidnow tengah malam tadi, memaklumkan jumlah terkumpul kematian akibat Covid-19 di Selangor mencecah 10,005 kes, setelah sembilan lagi pesakit meninggal dunia.

Jumlah itu termasuk dua kematian sebelum sempat menerima rawatan di hospital atau dikategorikan sebagai kes ‘brought in death’ (BID), menjadikan kes terkumpul BID sebanyak 2,118.

Dalam tempoh seminggu lalu, sebanyak 25.0 peratus daripada kematian di negeri itu melibatkan pesakit berusia antara 60 dan 69 tahun, diikuti 19.4 peratus masing-masing pesakit berusia 70 hingga 79 tahun dan 80 tahun ke atas; 13.9 peratus (30 – 39 tahun); 11.1 peratus (40 – 49 tahun); 8.3 pertus (50 – 59 tahun); dan 2.8 peratus (18 – 29 tahun).

Pada masa sama, negeri itu merekodkan 795,012 kumulatif kes positif, dengan 774,589 pesakit sembuh, dan 10,418 kes aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 8,721 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 894 ditempatkan di PKRC; 763 dimasukkan ke hospital; dan 40 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 14 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga kelmarin, sebanyak 94.4 peratus atau 4,775,189 penduduk Selangor telah lengkap divaksinasi, 95.6 peratus atau 4,844,647 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 28.8 peratus atau 1,881,207 individu menerima dos penggalak.

Sementara itu, dua negeri – Johor dan Terengganu – masing-masing merekodkan empat kes kematian, diikuti masing-masing tiga di Sabah serta Kuala Lumpur; dan masing-masing satu kes di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, serta Pahang.

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga semalam, negara mencatat 2,792,035 kumulatif kes positif, termasuk 11,779 kes import, dengan 2,720,399 pesakit telah sembuh dan 39,913 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 32,703 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 3,659 ditempatkan di PKRC; 3,322 dimasukkan ke hospital; dan 229 pesakit dirawat di ICU dengan 99 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
ADC PM kembali ke pasukan polis, mula bertugas di Bukit Aman 1 Jun
May 23, 2022
66 pelancong Malaysia positif varian Omicron di Indonesia
January 20, 2022
Mungkin libat pengubahan wang haram, NGO lapor Rafizi kepada SPRM
November 10, 2022
Mufti Perlis persoal keputusan ‘halal’ Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok