Kes kalimah Allah, dua Majlis Agama Islam mohon mencelah dalam rayuan kerajaan

June 8, 2021 · Isu semasa

Dua Majlis Agama Islam, Wilayah Persekutuan dan Johor membuat permohonan untuk mencelah dalam rayuan yang dimohon pihak kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hak penggunaan kalimah “Allah” oleh wanita beragama Kristian dari Sarawak bagi tujuan pendidikan agamanya.

MAIWP dan MAIJ telah memfailkan permohonan itu, sementara pengurusan kes rayuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan itu diadakan secara dalam talian hari ini.

Menurut laporan Bernama, peguam Annou Xavier, yang mewakili Jill Ireland Lawrence Bill mahkamah menetapkan 12 Julai untuk pengurusan kes berikutnya bagi membolehkan Jabatan Peguam Negara memfailkan rekod rayuan dan juga bagi pihak-pihak berkenaan memfailkan afidavit masing-masing bagi permohonan pencelah.

Peguam MAIWP Fakhrul Azwan Abu Hasan, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah memfailkan permohonan tersebut.

Permohonan MAIWP ini merupakan usaha keduanya untuk mencelah dalam kes Jill Ireland.

Sebelum ini, MAIWP memfailkan permohonan mencelah di Mahkamah Tinggi tetapi hanya dibenarkan bertindak sebagai amicus curiae (rakan mahkamah) untuk membantu mahkamah.

Pada 10 Mac lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah “Allah” dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Jill Ireland dan tiga perintah termasuk perisytiharan bahawa wanita suku kaum Melanau itu mempunyai hak perlembagaan di bawah Perkara 3, 8, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan untuk mengimport penerbitan semasa menjalankannya hak untuk mengamalkan agamanya dan hak untuk mendapat pendidikan.

Dalam penghakimannya, Nor Bee berkata arahan oleh KDN pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah and solat oleh bukan Islam adalah menyalahi undang-undang dan tidak berpelembagaan.

KDN dan kerajaan memfailkan rayuan pada 15 Mac terhadap keputusan itu.

Berita berkaitan
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
19 jam lalu· Politik
Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa
September 27, 2023· Isu semasa
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Permohonan Najib ketepi injunksi saman 1MDB beku aset RM681 juta ditolak
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Mat Sabu cadang premis kerajaan guna beras import bersubsidi
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
19 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
19 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023 · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023 · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
22 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok