Kes jangkitan baharu Covid-19 naik lebih 2,000 selepas Aidilfitri

May 9, 2022 · Isu semasa

Ramalan Kementerian Kesihatan (KKM) kes jangkitan baharu Covid-19 akan meningkat selepas hari raya Aidilfitri menjadi kenyataan apabila lebih 2,000 kes baharu direkodkan semalam.

Kes baharu Covid-19 meningkat sebanyak 2,153 semalam, menurut laporan CovidNOW dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,458,889.

Jumlah kes aktif sebanyak 22,557, turun 66.8 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Sebanyak empat lagi kematian dilaporkan semalam, di mana tiga daripadanya meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital.

Sejak minggu lepas, purata 4.7 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 10.8, yang menunjukkan pola menurun.

Sebanyak 36 korban akibat Covid-19 bulan ini. Manakala, terdapat 564 laporan kematian bulan lepas dan 2,235 kematian pada bulan Mac.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,583 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Kes kematian semalam dilaporkan di Selangor (2), Kedah (1) dan Perak (1).

Kini seramai 1,075 pesakit sedang dirawat di hospital, dengan 88 orang dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bilangan kemasukan ke hospital tertinggi semalam dilaporkan di Johor (124) disusuli dengan Selangor (124) dan Sabah (63).

Jumlah kes baru mengikut negeri:

Selangor (1,157)

Kuala Lumpur (261)

Pulau Pinang (156)

Negeri Sembilan (105)

Perak (91)

Johor (81)

Kedah (63)

Melaka (63)

Pahang (35)

Sarawak (34)

Terengganu (34)

Sabah (29)

Kelantan (25)

Putrajaya (7)

Perlis (6)

Labuan (6)

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Kerajaan campuran belanja RM6.3 juta buat rumah terbuka di negeri pembangkang
May 22, 2023· Politik
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Cuaca panas, KKM jangka kes strok haba meningkat
May 13, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
10 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
10 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
10 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok