Kes jangkitan baharu Covid-19 kekal paras 3,000 lebih

Untuk dua hari berturut-turut, kes jangkitan baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini melebihi 3,000 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 3,543 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,776,699.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 5.5 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, berbeza dengan trend nasional, kemasukan hospital pesakit Covid-19 di Sabah (+74.3 peratus) telah meningkat.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNOW.

BERITA BERKAIT
POPULAR