Kes jangkitan baharu Covid-19 kekal bawah paras 3,000

Kes jangkitan baharu Covid-19 harian yang dilaporkan hari ini kekal bawah paras 3,000 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah jangkitan hari ini adalah sebanyak 2,690 kes baru dan menjadikan kumulatif keseluruhan kes kini adalah sebanyak 2,767,044.

Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam 14 hari, sejak December 20.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 2.1 peratus berbanding tujuh hari sebelum ini.

Bagaimanapun, berbeza dengan trend nasional, kemasukan hospital pesakit Covid-19 di Negeri Sembilan telah meningkat (bertambah 17.7 peratus).

BERITA BERKAIT
POPULAR