Kes Influenza dalam negara terkawal: Khairy

June 26, 2022 · Isu semasa

Kes penyakit seperti Influenza (ILI) dalam negara pada masa ini adalah terkawal walaupun terdapat beberapa kluster melibatkan sekolah berasrama dikesan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata orang ramai terutama ibu bapa tidak perlu bimbang berikutan penyakit tersebut adalah jangkitan biasa dan akan muncul dari semasa ke semasa selain pesakit hanya memerlukan pemantauan dan pengasingan diri sahaja.

“Kes influenza ini akan bertambah dari semasa ke semasa sebab Perintah Kawalan Pergerakan dah tiada, kita mula kurangkan langkah kesihatan awam seperti penjarakan fizikal dan sebagainya, sudah pasti penyakit berjangkit meningkat.

“Itu mungkin selama dua tahun lepas kes penyakit berkenaan menurun sebab kita dikurung di rumah dan ikuti langkah kesihatan awam tertentu, namun apa-apa pun ia masih lagi terkawal dan tiada apa yang perlu dibimbangkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program saringan kesihatan Peka B40 di Rembau, hari ini.

Beliau berkata susulan itu tiada keperluan menutup sekolah pada masa ini selain Pejabat Kesihatan Daerah akan sentiasa membuat penilaian risiko mengenai kes penyakit berjangkit berkenaan.

Khairy turut menjelaskan sekiranya kes penyakit terbabit sudah berada pada tahap membimbangkan setelah penilaian dibuat, maka langkah-langkah tertentu akan dilaksanakan secepat mungkin.

“Namun, kes seperti influenza ini kes biasa dan bermusim yang akan datang dan pergi, jadi tidak perlu terlalu risau,” katanya.

Jumaat lepas, media melaporkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor mengesan peningkatan kes jangkitan ILI di institusi pendidikan, khususnya sekolah berasrama sejak dua minggu lepas. – Bernama

Berita berkaitan
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022· Isu semasa
RUU Kawal Produk Tembakau dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas
August 2, 2022· Isu semasa
Sokongan majoriti MP diperlukan untuk lulus GEG, selamatkan dua juta nyawa
August 2, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Peguam sendiri tarik diri, Najib kata malang tak dapat beri hujah pembelaan
August 18, 2022
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
August 18, 2022
Skandal LCS: Rafizi dakwa syarikat ditubuh di Malta bawa lari RM192 juta
August 18, 2022
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
August 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
8 jam lalu · Isu semasa
SPRM masih teruskan siasatan skandal kapal LCS tak siap: Azam
8 jam lalu · Isu semasa
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
9 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh ke paras terendah sejak Januari 2017
10 jam lalu · Isu semasa
Bicara 1MDB libatkan Najib ditangguh, beri laluan rayuan kes SRC berlangsung
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok