Kes hutang dipercayai punca ahli perniagaan diculik dalam Vellfire putih

September 30, 2022 · Isu semasa

Seorang ahli perniagaan cedera ringan selepas dilarikan sekumpulan lelaki di Jalan Pandan, Ampang di sini semalam, dipercayai akibat masalah hutang.

Lelaki berusia 38 tahun dilepaskan di Klang, beberapa jam selepas kejadian dan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada pukul 10.45 malam untuk membuat laporan, menurut laporan Bernama.

Ketua Polis Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata ahli perniagaan itu dilapor ditarik sekumpulan lelaki menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire putih ketika sedang berjalan bersendirian selepas makan di sebuah restoran di kawasan itu.

“Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 5.03 petang. Mangsa memberitahu dia telah dilepaskan oleh suspek di Klang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata ahli perniagaan itu mengalami beberapa kecederaan luka di bahagian kaki dan muka dan telah mendapat rawatan di Hospital Ampang.

Mohamad Farouk berkata siasatan masih dijalankan dan polis kini memburu kumpulan lelaki terbabit.

Kejadian melibatkan Toyota Vellfire putih itu tular di laman sosial WhatsApp dan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik atau melarikan mana-mana orang dengan niat hendak menyebabkan orang itu dikurung dengan sulit dan dengan salah.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok